PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Mohamed Eusoff Chin yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.
Anwar dalam satu hantaran di media sosialnya berkata, Mohamed Eusoff telah mencurahkan khidmat yang besar kepada negara, khususnya dalam memperkukuh institusi kehakiman sepanjang perjalanan kerjayanya.
“Jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang.
“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu Mohamed Eusoff, 90, berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara bermula 25 September 1994 hingga 19 Disember 2000. – KOSMO! ONLINE
The post Anwar ucap takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara appeared first on Kosmo Digital.





