Tun Mohamed Eusoff Chin Meninggal Dunia

7 Aug 2026 • 1:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tun Mohamed Eusoff Chin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Eusoff Chin, meninggal dunia awal pagi Jumaat (7 Ogos) pada usia 90 tahun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anak perempuannya, Zuliana, yang memaklumkan bahawa bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi.

Menurut beliau, solat jenazah diadakan di Masjid Al-Hidayat, Kelana Jaya, sebelum urusan pengebumian dilaksanakan.

Dilahirkan di Batu Gajah, Perak, Allahyarham Tun Mohamed Eusoff menerajui badan kehakiman negara sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 1999 hingga 2000, ketika Malaysia memasuki era alaf baharu.

Kerjaya beliau bermula sebagai seorang guru pada 1955 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.

Pada tahun 1963, beliau diterima masuk ke Badan Peguam di Lincoln’s Inn, London, sekali gus melayakkan diri sebagai peguam bela dan peguam cara.

Selepas itu, Allahyarham menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta membina kerjaya yang cemerlang dalam bidang berkenaan. 

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Majistret, Yang Dipertua Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya, Penolong Pendaftar, Penasihat Undang-Undang, Penggubal Undang-Undang Parlimen, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Kecemerlangan beliau dalam institusi kehakiman akhirnya membawa kepada pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara pada 1999 sehingga tahun 2000. - Getaran, 7 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved