Anwar umum subsidi tambahan RM100 juta untuk Felda

LocalPolitics
14 Jul 2024 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Ahad. Foto Bernama

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan subsidi tambahan sebanyak RM100 juta kepada Felda hari ini.

Menurut Anwar, peruntukan itu diluluskan bagi menampung kos pengoperasian ladang akibat penyasaran subsidi diesel.

"Tindakan itu diambil berdasarkan implikasi kewangan tambahan Felda sebanyak RM121.6 juta setahun akibat kenaikan harga diesel.

"Penyasaran subsidi diesel dibuat bagi memastikan isu ketirisan bahan mentah itu dapat diatasi. Sebanyak 3.8 juta orang asing tidak bayar cukai ambil subsidi kita rugi berbilion, jadi kita tiada pilihan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Hari Peneroka Felda 2024 (HPF 2024) di Dewan D Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Ahad.

Tambah Anwar, dalam masa sama beliau meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti Madani.

"Saya berharap inisiatif ini akan memberi impak positif kepada komuniti Felda," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengutuk serangan berterusan Israel terhadap Palestin.

"Kebiadaban ini diteruskan kerana kegagalan negara-negara besar pertahankan kemanusiaan dan hak.

"Oleh itu, kerajaan Malaysia sekali lagi tegaskan pendirian kita keras mengutuk kezaliman berterusan tanpa perikemanusiaan regim zionis Israel," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved