Anwar, Wan Azizah titip doa buat Putera Mateen dan pasangan

Politics
14 Jan 2024 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Istiadat Persandingan Diraja anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. Foto FB Anwar Ibrahim

image is not available
Anwar dan Wan Azizah mendoakan semoga perkahwinan Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha diberkati serta dirahmati ALLAH. Foto FB Anwar Ibrahim

image is not available
Antara pemimpin yang hadir ke Istiadat Persandingan Diraja anakanda Sultan Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga perkahwinan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah diberkati serta dirahmati ALLAH.

Anwar dalam catatan di laman Facebook memaklumkan mereka amat berbesar hati menerima jemputan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Persandingan Diraja putera baginda berdua yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Ahad.

**media[2498783]**

"Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati ALLAH SWT," tulis beliau yang turut memuat naik beberapa keping gambar istiadat persandingan tersebut.

Menerusi catatan itu, Anwar juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan pemimpin ASEAN lain yang hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

**media[2498781]**

Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada Khamis lepas. - Bernama