PM dan isteri rai pasangan Pengantin Diraja Brunei

Politics
14 Jan 2024 • 5:50 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Sambil menitipkan doa semoga perkahwinan itu diberkati dan dirahmati Allah, Anwar berkata beliau dan isteri berbesar hati menerima jemputan daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Perkahwinan Diraja putera baginda berdua.

“Saya turut berkesempatan bertemu dengan pimpinan Asean lain yang turut hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong,’’ katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pagi tadi - Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 14 Januari, 2024

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah berlangsung di Istana Nurul Iman di sini, pagi ini.

Ia turut dihadiri oleh tetamu diraja termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - 14 Januari, 2024