Anwar zahir takziah kepada mangsa nahas tren di Sepanyol

29 Oct 2026 • 11:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar zahir takziah kepada mangsa nahas tren di Sepanyol

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pelanggaran tren di Sepanyol.

Perdana Menteri berkata, Malaysia turut bersimpati dengan rakyat Sepanyol yang berdepan detik sukar susulan tragedi berkenaan, selain mendoakan agar mangsa yang cedera segera pulih.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada anggota pasukan kecemasan dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjalankan operasi di lokasi kejadian.

“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, kerajaan dan rakyat negara itu, khususnya keluarga mangsa yang terkorban,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Sepanyol dalam menghadapi tragedi berkenaan. – UTUSAN

The post Anwar zahir takziah kepada mangsa nahas tren di Sepanyol appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved