
Angka korban akibat perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi di tengah Sepanyol meningkat kepada sekurang-kurangnya 68 orang pada Rabu, ketika Perdana Menteri Pedro Sanchez berikrar untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap nahas itu, lapor Anadolu Ajansi.Bercakap di lokasi nahas di Urda, Toledo, Sanchez berkata, pihak berkuasa akan mengenal pasti punca kemalangan itu dan mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang kesalahan, menurut laporan agensi berita Sepanyol, EFE."Kami akan menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi. Jika terdapat kecuaian, perkara itu akan didedahkan," katanya.Sanchez mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara bermula 29 hingga 31 Oktober, sambil berkata bahawa "tidak boleh diterima bagi sebuah negara seperti Sepanyol" untuk mengalami dua nahas kereta api berkelajuan tinggi dalam tempoh setahun.Beliau merujuk kepada satu lagi nahas tren di Adamuz, Cordoba, pada Januari lepas.Perdana Menteri itu berkata ,petunjuk awal menunjukkan kedua-dua nahas berkenaan berpunca daripada faktor berbeza, namun menegaskan bahawa penentuan punca sebenar adalah tanggungjawab penyiasat bebas dan pihak berkuasa kehakiman.Beliau turut berikrar akan mengambil langkah tegas bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kereta api Sepanyol sekiranya sebarang kelemahan keselamatan dikenal pasti.Sementara itu, pemimpin pembangkang Parti Rakyat, Alberto Nunez Feijoo, menuntut siasatan kerajaan dan kehakiman dilakukan "serta-merta", sambil menegaskan bahawa siasatan itu perlu dilaksanakan "dengan menggunakan segala sumber yang ada dan tanpa campur tangan".Feijoo berkata, Sepanyol "berhak mengetahui apa yang sedang berlaku terhadap infrastrukturnya", selain menggesa kajian semula menyeluruh dan bebas dilakukan ke atas keseluruhan rangkaian kereta api negara itu.Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai tanggungjawab politik berhubung nahas berkenaan, dengan menyatakan bahawa hari ini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA





