
Pelakon Anzalna Nasir menjadi perhatian ramai apabila melayani sekumpulan anak-anak istimewa dengan penuh kasih sayang.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anzalna di laman Instagramnya, dapat dilihat dia sedang beramah mesra dengan sekumpulan kanak-kanak tersebut yang sedang mencari baju raya di sebuah gedung tekstil terkenal, Jakel.
Anzalna Nasir
Instagram will load in the frontend.
Dalam perkongsian itu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut menyangka sekumpulan kanak-kanak tersebut adalah anak-anak yatim namun ternyata mereka adalah anak-anak OKU pekak dan bisu.
“Semasa sesi meet and greet di Jakel, Anzalna bertemu dengan sekumpulan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim, tetapi rupanya mereka adalah OKU pekak dan bisu.
“Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya!” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Anzalna Nasir


Lembutnya Anzalna layan, penuh kasih sayang!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keikhlasan Anzalna dalam menyatuni anak-anak istimewa tersebut dengan penuh kasih sayang.

Netizen sebak
Malah, ramai meluahkan rasa sebak apabila melihat momen tersebut dan berterima kasih kepada Anzalna kerana telah menggembirakan kanak-kanak istimewa itu.


Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada tahun 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram @Anzalna Nasir


![Ramai Puji Kanak-Kanak Prihatin Pujuk Rakan Sekolah Menangis Ketika Tunggu Ibu Bapa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)