Anzalna Nasir syukur rezeki melimpah, kenang nasib golongan susah – “Mungkin tak dapat rasa yang sama”

LocalFamily & Parenting
23 Feb 2026 • 9:55 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur apabila menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna berkata setiap kali melihat makanan terhidang di atas meja ketika waktu berbuka, hatinya pasti teringat kepada individu serta keluarga yang mungkin tidak dapat merasai nikmat yang sama.

Kenang nasib golongan susah

image is not available

“Setiap kali berbuka puasa, bila tengok hidangan atas meja, hati mesti teringat pada mereka yang mungkin tak dapat rasa benda yang sama,” ciapan Anzalna, semalam.

Tersentuh dengan keadaan itu, pelakon berkenaan mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan sepanjang bulan Ramadan.

Malah, Anzalna turut mempelawa orang ramai supaya memaklumkan kepadanya sekiranya mengenali mana-mana keluarga yang memerlukan bantuan.

image is not available

“Kalau ada yang kenal keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan, boleh DM Anzalna atau maklumkan ya,” jelasnya.

Bagaimanapun, bantuan tersebut buat masa ini akan tertumpu di sekitar Kuala Lumpur sahaja kerana Anzalna sendiri yang mahu menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka memerlukan.

“Mohon maaf, kali ini sekitar kawasan KL sahaja sebab Anzalna sendiri nak turun padang dan sampaikan sendiri bantuan tersebut.
“Semoga sedikit usaha ini dapat ringankan beban mereka dan bagi rasa juadah yang sedap-sedap waktu berbuka,” tambahnya lagi.

image is not available

Artikel lain: Anzalna Nasir tempelak penyondol, tawar diri jadi madu – “Boleh kongsi resepi”

Tindakan Anzalna itu mendapat pujian ramai yang menyifatkan usahanya sebagai contoh terbaik dalam menyemarakkan semangat berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sumber: Threads anzalnanasir88