Daimler ialah antara syarikat automotif yang tertua di dunia dan terkenal dengan enjin pembakaran dalam yang berprestasi tinggi digunakan pada kereta lumba F1. Pada hujung minggu lalu mereka melakukan pengumuman akan menghentikan pembangunan enjin pembakaran dalam generasi baharu bagi menumpukan perhatian kepada pembangunan kenderaan elektrik.

Kenderaan elektrik akan mengurangkan pencemaran selari dengan arahan yang diberikan oleh kerajaan Jerman untuk pengeluar menghasilkan kenderaan mesra alam menjelang 2030.
