Photo by Pixabay from Pexels
Dunia seperti dalam ketakutan apabila wabak virus Covid-19 dilanda dunia pada tahun lepas. 2 tahun yang berlalu adalah seperti satu ‘reset’ kepada alam yang menandakan kita terlampau mengejar dunia. Soal kesihatan amat penting kerana ianya akan meilbatkan kematian jika terlampau serius.
Namun, cuba kita bayangkan adanya virus merbahaya seperti Covid-19 telah ditular dalam kapal terbang yang anda naiki? Dan masih lagi tiada penawarnya. Ianya akan menjadi ketakutan dan kebimbangan kepada semua penumpang dalam kapal terbang. Dalam kapal terbang di atas awan adalah terlalu asing buat penumpang yang biasa.
Pengasingan yang terhad
Di dalam kokpit kapal terbang, kesemua ruang yang ada adalah untuk penumpang yang berbayar. Maka, dengan pengasingan daripada orang yang berjangkit, ianya akan menjadi sangat terhad. Terlampau banyak pendedahan akan berlaku dan kokpit di hadapan adalah paling terakhir untuk terkena jangkitan.
Sekiranya juruterbang tidak dapat menerbangkan kapal terbang dengan baik, maka anak kapal juga akan tidak dapat mengawal kesemua penumpang di dalam kapal terbang. Maka, mungkin akan berlaku pergaduhan jika ianya berlaku.
Tiada komunikasi
Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah komunikasi dengan dunia luar. Hanya juruterbang sahaja boleh berkomunikasi dengan menara kawalan di lapangan terbang. Maka, ianya akan menjadi satu halangan terbesar di kalangan penumpang yang mahu gunakan alat komunikasi. Semua telefon bimbit akan dipadamkan. Soalnya, adakah kita masih boleh berfikir waras jika itu adalah saat terakhir kita?
Panik
Jika dalam PKP yang lepas, kebanyakan orang sudah mula menampakkan taring mereka dengan belian panik berleluasa. Mereka sangat takut dengan kelaparan dan kebuluran jika tidak dapat keluar rumah. Situasi yang sama bakal berlaku dalam kapal terbang. Panik tidak dapat dielakkan kerana akan ada konflik di antara satu sama lain yang mahu melindungi diri dan keluarga mereka. Ini akan menyebabkan pencetusan panik bakal berlaku di dalam kapal terbang dan jika ada seorang pemimpin yang boleh meredakan keadaan, ianya sangat diperlukan dalam situasi ini.
Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
