“Apa-Apa Terjadi Suka Hati Dia” – Bekas Isteri Terpalit Isu ‘Sondol’, Fizi Ali Akui Tak Berkawan Dengan Shakilla Koriri

Entertainment
4 Oct 2023 • 10:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak kebelakangan ini nama pelakon, Shakilla Koriri sering dikaitkan dengan isu ‘sondol’ rumah tangga orang lain hingga musnah.

Biarpun sudah menafikan hal itu, orang ramai masih merasakan pelakon terbabit melakukan hal itu tetapi sengaja menidakkannya agar dapat jaga nama baik sendiri.

Sebagai bekas suami, penyampai radio, Fizi Ali akui tidak terkesan dengan isu itu kerana hubungan mereka hanya sekadar ibu bapa kepada Ameena.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Saya dengan dia tak berkawan, tak bersapa, tiada apa-apa. Kalau bersembang pun tak lebih berapa perkataan dan hanya berkaitan Ameena sahaja.

Bahkan, penyampai radio yang juga merupakan seorang pelakon itu enggan ikut campur dalam kontroversi ‘panas’ ini dan biarkan saja bekas isteri selesaikan masalah ini sendiri.

Sekadar info, Fizi Ali dan Shakilla Koriri pernah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena. Namun, masing-masing buat keputusan untuk berpisah pada Disember tahun lalu.

image is not available 3 weeks ago

Nama Dipetik Isu Pelakon Janda 'Sondol' Suami Orang, Shakilla Koriri Beri Respon - "Saya Pun Tak Tahu Siapa..."