“Apa Benda Ni?” – Menu Campuran Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Undang Pelbagai Reaksi [Video]

LocalEntertainment
2 Dec 2024 • 2:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pada masa kini, ada sahaja menu baharu dan viral yang sering menjadi perhatian pengguna media sosial.

Ada yang dapat menerima namun ada juga yang mempertikaikan idea kreatif sesetengah peniaga dalam memberi sentuhan baru kepada produk makanan jualannya.

Samalah seperti Nachos berintikan daging yang tular baru-baru ini menjadi bualan hangat kerana harganya yang disifatkan melampau oleh sesetengah pihak.

Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Pula Jadi Topik Bualan Hangat

Terbaharu, kecoh pula di media sosial mengenai menu terkini yang dimakan bersama hidangan tradisi dari Mexico itu.

Menerusi video yang dikongsikan semula di akaun x @localrkyt, seorang peniaga sedang menyediakan makanan berasaskan nachos.

Apa yang menjadi perhatian adalah nachos berkenaan dinikmati bersama nasi lemak ayam goreng berempah serta char Kuetiau.

Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat sepeket nachos diisikan dengan nasi lemak berwarna hijau, timun, ikan bilis, telur rebus dan goreng, sambal serta ayam goreng berempah ke bungkusan tersebut.

Tidak hanya itu, individu dalam video tersebut turut menjadikan nachos sebagai salah satu bahan dalam penyediaan hidangan char kuetiau jualannya.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat dia memasukkan bahan tersebut ke dalam kuali ketika sedang menyediakan hidangan char kuetiau itu.

Ramai Pelik Dengan Selera Segelintir Individu Masa Kini

Video yang telah mendapat lebih 252,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang mempersoal hidangan terbaharu itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa pelik dan berpendapat nachos tersebut tidak kena untuk dipadankan dengan hidangan tradisi masyarakat Malaysia.

Walau bagimanapun ada yang dapat menerima dan merasakan nachos berkenaan sesuai dimakan bersama char kuetiau namun perlulah dinikmati dengan cara yang betul.

Hanya Sekadar Nak Ikut Trend, Takut Nak Jual

Hasil semakan kami di TikTok peniaga nasi lemak dan char kuetiau itu mendapati hidangan tersebut bukanlah untuk dijual.

Sebaliknya, ia hanyalah sekadar konten dan mengikut trend makanan terkini. Malah, mereka sendiri tidak dapat menerima hidangan sedemikian kerana rasanya yang dikatakan agak masin.

image is not available

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Alah Dah Jadi Nasi Lemak Pula”

image is not available

“Kalau Nak Fikir Betul, Mungkin Sedap Sebab Ada Element Crunchy Bila Makan Dengan Char Kuetiau”

image is not available

“Ada Demand, Ada Supply. Kalau Tak De Pembeli, Peniaga Pun Tak Merapu Create Makanan Ni”

image is not available

“Tak Tahu Kenapa Tapi Rasa Marah Tengok Video Ni”

image is not available

“Ini Baru Betul, Baru Nampak Malaysia, Ini Tak, Tiru Bulat-Bulat Mat Saleh”

image is not available

“Macam Sedap Je”

image is not available

Source: