Fazura Abaikan ‘Haters’ Yang Memberi Kecaman Pada Dirinya

LocalEntertainment
23 Nov 2024 • 3:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon Fazura kekal dengan pendirian tidak mengambil kisah apa yang dikatakan oleh netizen kepada dirinya selepas bercerai baru-baru ini.

Biarlah ‘haters’ yang nak benci atau kutuk itu. Semua itu urusan mereka dengan Allah SWT.

Kadang-kadang ada juga individu yang hantar benda negatif kepada saya tetapi saya fikir semua itu mungkin mereka ada isu diri dalam sendiri.

Anggap itu hanya pandangan peribadi

image is not available

Menurut Fazura kecaman yang diterima adalah pandangan peribadi dari netizen, jadi tidak perlu marah atau berasa sakit hati.

Ujian yang dilalui pelakon ini telah membuka matanya untuk mengetahui siapa kawan dan lawan yang sebenar.

Orang yang selama ini baik dan rapat dengan saya tidak pernah bertanya khabar tetapi mereka yang jarang berkomunikasi sebelum ini adalah individu pertama bertanya khabar serta beri kata-kata semangat.

Apabila ujian ini terjadi, Allah tunjuk perkara sebenar dan sangat terkejut tetapi tenang sebab dapat lihat siapa lawan atau kawan.

#OhmediaNasihat

Semoga Fazura terus kuat dan bersabar dengan ujian yang diberi. Haters akan berhenti berkata-kata apabila melihat Fazura tenang dan tidak melayan kecaman mereka.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo Online