Seorang bapa meluahkan rasa kecewa selepas anaknya, murid orang kurang upaya (OKU), didakwa dikasari oleh guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini. Kejadian itu dirakam dalam video yang tular di media sosial selepas dimuat naik oleh bapa mangsa, Farhan Mazlan, semalam.
Dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu dilihat berjalan menuju ke kelas sebelum wanita dipercayai guru melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Hal itu mengundang kemarahan Farhan yang menyaksikan sendiri insiden itu di depan matanya sendiri.
“Apa dosa anak syurga aku sampai kau buat macam ni, cikgu? Anak OKU, kau rentap kepala dia macam tu. Mana hati budi kau sebagai pendidik?” tulisnya dengan nada kecewa.
Farhan turut mendakwa, individu terbabit bermain telefon selepas bertindak kasar, seolah-olah tidak peduli dengan perbuatannya terhadap anaknya.
- Anwar sokong had tempoh PM 10 tahun, janji reformasi berterusan
- KKM tangguh e-placement doktor kontrak lagi, pegawai perubatan tuntut penjelasan
- Resepi Khairul Aming ‘tak jadi’? Lelaki ini luah keluhan lain pula!
- Dugaan Ramadan, peniaga hanya mampu lihat keretanya musnah dalam kebakaran
- ‘Karya perlu selari dengan panduan Islam’ – JAKIM tegur penerbit Bidaah
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mengecam perbuatan guru terbabit dan menasihatkan Farhan untuk membuat laporan kepada pihak berwajib bagi tindakan lanjut.
“Guru sepatutnya memahami keadaan murid OKU, bukan bertindak kasar. Harap siasatan segera dibuat,” komen seorang pengguna Facebook.
Sehingga kini, pihak sekolah belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.
The post ‘Apa dosa anak syurga aku sampai kau buat macam ni?’ appeared first on The Reporter.



