Influencer Ditik*m Ketika Live, Saksi Dengar Jerita Minta Tolong

16 Mar 2025 • 2:40 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang pesohor media sosial maut selepas ditikam oleh seorang lelaki ketika mengadakan siaran langsung sambil berjalan kaki di Jepun, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Sato Airi, 22, diserang suspek bernama Takano Kenichi di Shinjuku, Tokyo pada Selasa lalu.

Beberapa saksi berkata, mereka mendengar Airi menjerit meminta pertolongan ketika paparan siaran langsungnya bertukar gelap secara tiba-tiba. 

Kehilangannya juga mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan penonton, demikian menurut portal berita Deccan Herald. 

Polis berkata, pasukan kecemasan menemui mangsa dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala, leher dan perut. 

“Mangsa dibawa ke hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. 

“Suspek ditahan di tempat kejadian. Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dia menikam mangsa dengan sebilah pisau berulang kali.

“Kenichi berbuat demikian selepas Airi gagal membayar hutang lebih 2 juta yen (RM59,828),” tambah polis. – AGENSI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved