Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

Lifestyle
5 Sep 2024 • 7:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.

Jelas Ustaz Azhar, umat Islam hendaklah bersyukur dengan nikmat yang sudah diberikan Allah dan menasihati agar tidak mengikut gaya hidup orang kafir.

Bagaimanapun, Ustaz Azhar berkata, diizinkan seseorang lelaki bergelar suami untuk berubat sekiranya mempunyai masalah pada alat sulit.

"Allah cipta manusia dengan cukup sifat. Kalau manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, Allah akan tambahkan lagi nikmat. Kalau tak bersyukur, ditarik nikmat.

"Seandainya lelaki itu sakit, diizinkan berubat. Seperti mana sabda Nabi, jika sakit boleh berubat.

"Lelaki yang menjadi suami, perlu beri nafkah batin kepada isteri. Namun jika ada sakit lemah batin, maka berubatlah.

"Tetapi berubat jagan dengan cara yang haram mengikut cara orang putih (kafir) atau sebagainya," ujarnya.






View Original Article