![Apa Hukum Menahan Diri Daripada Buang Air Kecil & Besar Sewaktu Solat? Ini Penjelasannya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/Tahan-diri-.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi sifat semulajadi manusia untuk membuang air kecil mahupun besar, bahkan ia adalah satu proses badan untuk membuang sisa toksik yang tidak diperlukan. Namun anda pasti pernah berdepan dengan situasi seperti tidak tahan untuk ke tandas sewaktu sedang mendirikan solat.
Situasi seperti ini membuatkan anda berasa ragu-ragu sama ada mahu meninggalkan solat atau meneruskan sehingga selesai. Akan tetapi jika diteruskan mungkin ia mungundang kepada perkara yang tak diingini.
Tahan diri daripada berhadas kerana nak selesaikan solat? Ini penjelasan Geng MKN
Terbaharu Geng Masjid Kg Nakhoda (MKN) telah menjelaskan mengenai hukum dan perkara yang boleh dilakukan sekiranya anda berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi sketsa yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Ahmad Syaqiq Shuhairi kelihatan dia berada di saf makmum sewaktu solat berjemaah didirikan.
Masih teruskan solat walau dalam keadaan berusaha menahan diri untuk buang air besar sehingga mengganggu fokus
Sebaik sahaja imam mengangkat takbir kelihatan dia memegang perut dan merasakan mahu membuang air besar. Walau bagaimanapun, Syaqiq masih meneruskan solat itu kerana merasakan ia masih boleh ditahan.
Namun imam kemudiannya membaca surah yang panjang dan perkara itu secara tidak langsung membuatkannya tidak fokus untuk solat kerana sedang menahan diri.
Perkara itu, bagaimanapun turut disedari oleh Mohamad Zaid Mohamad Amran yang berada di sebelahnya.
Sebaik sahaja selesai solat, kelihatan dia segera bangun dan mahu ke tandas. Akan tetapi langkahnya itu terhenti apabila Zaid bertanya mengapakah dia seperti tidak keruan.
Syaqiq kemudian memaklumkan dia sudah tidak lagi dapat menahan diri daripada berhadas.
Boleh niat mufaraqah jika nak berpisah daripada imam atas sebab tertentu
“Lah, lain kali niatlah mufaraqah. Mufaraqah ni kita niat berpisah daripada imam ketika sedang solat berjemaah. Kita dibenarkan niat mufaraqah jika ada sebab contohnya nak buang air besar, sakit, ada urusan yang penting atau keadaan yang lain yang mendatangkan kesukaran.
“Tapi kena ingat, kalau mufaraqah ini kita buat tanpa ada sebab sebahagian ulama berpendat solatnya tetap sah tetapi dia terlepas daripada kelebihan pahala solat berjemaah,” katanya.
Niat mufaraqah hanya perlu niat dalam hati
Dalam video sama, Zaid turut mengajar niat untuk mufarakah di mana ia cukup hanya niat di dalam hati untuk berpisah daripada imam. Kemudian seseorang boleh meneruskan solat seperti biasa, ringkaskan solat dan kemudian selesaikan hajat atau perkara yang mahu dilakukan.
Di ruangan kapsyen, Geng MKN turut menjelaskan makruh jika seseorang itu menahan diri daripada membuang air kecil dan besar.
“Makruhnya solat seseorang dalam keadaan dia menahan dirinya daripada membuang air kecil dan besar, ianya menyebabkan hatinya tidak tenang dan solatnya tidak khusyuk (Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim. 5/26).”
@gengmkn makruhnya solat seseorang dalam keadaan dia menahan dirinya daripada membuang air kecil dan besar, ianya menyebabkan hatinya tidak tenang, dan solatnya tidak khusyu. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 5/26) #santai #ilmu
♬ original sound – Geng MKN – Geng MKN
Solat dalam keadaan menahan diri daripada buang air besar atau kecil sah namun makruh – Pejabat Mufti WP
Perkara sama turut diterangkan di dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, yang menjelaskan solat dalam keadaan menahan diri daripada membuang air kecil dan besar adalah sah tetapi hukumnya makruh.
Malah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menasihatkan agar setiap individu itu menyelesaikan terlebih dahulu urusan untuk membuang hajat sebelum meneruskan sebarang ibadah.
Makruh sebab tak khusyuk
Ini kerana kekhusyukan di dalam melakukan ibadah adalah sangat penting dalam kehidupan setiap umat Islam sebagai seorang hamba.

