Apa Hukum Wanita Solo Travel? Ini Penjelasan Ustaz Wadi Annuar [Video]

19 Jun 2026 • 5:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Apa Hukum Wanita Solo Travel? Ini Penjelasan Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan bercuti ke sesebuah negara atau tempat sememangnya perkara yang menarik. Selain dapat menenangkan fikiran, kita juga mempelajari pelbagai perkara seperti budaya, gaya hidup, dan banyak lagi.

Bahkan mungkin ada segelintir yang suka bercuti berseorangan kerana mahukan ketenangan, namun apakah hukumnya jika seorang wanita muslimah bercuti secara berseorangan?

Jumhur ulama berpendapat wanita solo traveling hukumnya haram

Terbaharu, Ustaz Wadi Annuar ada menjelaskan mengenai hukum bagi perkara itu. Katanya jumhur ulama mengatakan bahawa wanita yang melakukan pengembaraan secara berseorangan atau solo travel hukumnya haram.

Ulama terkini berpendapat hukum wanita solo traveling harus namun ada syarat

Namun sebahagian ulama terkini berpendapat bahawa hukum wanita melakukan solo traveling adalah harus dengan syarat ia perjalanan yang aman serta selamat.

“Tetapi pendapat ulama terkini sebahagian mereka berpendapat bahawa harus wanita solo traveling dengan syarat perjalanan itu aman dan selamat.

“Barulah dibenarkan untuk wanita melakukan solo traveling,” katanya.

@ustazwadiannuarofficial

Replying to @harimul79 Hukum Wanita Solo Traveling #ustazwadiannuar #hukum #tanyauwa @HayyDeen

♬ A gentle healing piano solo(1512782) – Brume

Perkara sama turut dijelaskan dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengatakan dalam hal pemusafiran seorang wanita untuk:

  • Umrah sunat
  • Menziarah ahli keluarga
  • Menuntut ilmu
  • Melancong

Ulama berpendangan sekiranya jarak perjalanan dekat maka diharuskan sebagaimana pandangan ulama Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

2 hukum, harus jika perjalanan selamat dan tidak harus mengikut pandangan jumhur ulama

Akan tetapi jika ia membabitkan perjalanan yang jauh maka ada dua pandangan ulama mengenainya:

  • Diharuskan pemusafiran wanita tanpa mahram sekiranya dipastikan perjalanan itu adalah selamat. Ini merupakan sebahagian pandangan dari Mazhab Maliki serta al-Syafie. Bahkan pandangan itu juga turut dikemukakan oleh Imam Nawawi, Abu Hamid al-Ghazali dan al-Mawardi.
  • Tidak diharuskan pemusafiran wanita tanpa mahramnya dan ia adalah pandangan jumhur ulama.

Boleh wanita buat solo traveling namun perlu berdasarkan syarat

Secara kesimpulannya, hukum melakukan solo traveling untuk wanita adalah harus. Akan tetapi ia perlu berdasarkan beberapa dawabith serta syarat seperti:

  • Mesti dalam keadaan aman kepada diri, agama, maruah di masa pemusafirannya sama ada dalam perjalanan, ketika di destinasi dan juga ketika pulang.
  • Perlu mendapat izin daripada mahram serta wali yang terdekat.
  • Bukan musafir di tempat yang boleh mendatang atau membawa fitnah atau mudarat kepada dirinya.

Oleh itu, nasihat pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah sebaiknya pemusafiran terbabit ditemani oleh sekumpulan wanita yang dipercayai atau ahli keluarga lain bersama-samanya.

Selain itu, para wanita juga dinasihat untuk menjaga maruah, adab-adab Islam supaya mereka terpelihara dari sebarang fitnah mahupun tohmahan dan menjamin kelangsungan kehidupan bersyariat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved