Apa jari kaki cuba beritahu tentang kesihatan kita

Health & Fitness
14 Dec 2025 • 3:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Apa jari kaki cuba beritahu tentang kesihatan kita
Gambar: Public Health M'sia

“Siapa sini ada bulu halus di hujung jari kaki?”

Jangan gelak dulu… sebenarnya, bulu yang kita selalu rasa “tak penting” ni boleh beri petunjuk tentang kesihatan.

Ramai orang ada bulu di jari kaki dan itu normal. Ia dipengaruhi hormon dan genetik, sama macam bulu lengan dan bulu kaki lain.

Tapi apa yang menarik, doktor kadang-kadang akan perasan bila bulu di hujung jari kaki tiba-tiba hilang.

Kenapa?

Sebab akar bulu sangat sensitif pada aliran darah. Bila salur darah ke kaki makin sempit dan kurang oksigen, tisu hujung badan akan “surrender” dulu.

Kulit jadi licin berkilat, bulu menipis dan lama-lama hilang, jari kaki rasa sejuk dan kebas, cepat cramp bila berjalan jauh. Ini boleh jadi petanda masalah aliran darah seperti peripheral artery disease, terutamanya pada mereka yang ada kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Tapi jangan pula semua orang yang tak berbulu di jari kaki terus panik. Ada orang dari dulu memang tak banyak bulu. Ada yang selalu shave, waxing, geseran stokin dan kasut pun boleh buat bulu jadi halus atau kurang.

Yang kita risau ialah bila ada perubahan ketara berbanding dulu, ditambah pula dengan simptom lain seperti kebas, sejuk, sakit betis bila berjalan, atau luka yang lambat sembuh.

Mesej dia mudah. Lepas ni bila mandi atau potong kuku, cuba tengok sekejap kaki sendiri. Nampak apa-apa perubahan pada bulu, kulit, kuku dan rasa di hujung jari kaki, terutama kalau anda ada kencing manis atau merokok kuat.

Datanglah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Kadang-kadang, petunjuk kecil di hujung jari kaki itulah yang boleh selamatkan kaki, dan mungkin juga nyawa.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.