“Apa Jua Keputusan Badan Tertinggi Saya Terima” – Tular Video Kekerasan Di KLIA, KP AKPS Datuk Shuhaily Beri Kenyataan

1 Oct 2026 • 2:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah rakaman video yang memaparkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mencetuskan perhatian di media sosial.

Susulan penularan rakaman tersebut, AKPS menerusi kenyataan media bertarikh 1 Oktober tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian berkenaan.

Advertisement

Menurut AKPS, rakaman yang tersebar itu disahkan sebagai rakaman sebenar yang dipetik daripada sistem kamera litar tertutup atau CCTV di KLIA Terminal 1.

Insiden berkenaan dikatakan berlaku pada 28 September lalu ketika Mohd Shuhaily sedang melakukan tinjauan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA sempena ketibaan delegasi serta kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Kehadiran dan persediaan AKPS di KLIA pada hari berkenaan turut dilaporkan media, dengan agensi itu meningkatkan kesiapsiagaan bagi menguruskan ketibaan delegasi dan kru perlumbaan tersebut.

Turut jalankan penguatkuasaan terhadap kegiatan ‘ulat’

Dalam kenyataan sama, AKPS menjelaskan bahawa Mohd Shuhaily bersama pasukan operasi turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan ‘ulat’ di kawasan KLIA.

View this post on Instagram

Menurut agensi itu, tindakan berkenaan dibuat susulan aduan serta dakwaan orang ramai mengenai peningkatan aktiviti penyeludupan bahan terlarang dan kontraban di KLIA.

AKPS turut menyatakan operasi tersebut merupakan aktiviti penguatkuasaan pertama yang dilaksanakan bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) KLIA dan ia dijalankan secara menyeluruh serta konsisten.

Sebelum ini, AKPS juga pernah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi menangani kegiatan ‘ulat’ di KLIA

Pada 27 September pula, Mohd Shuhaily dilaporkan berkata AKPS menyelaras saringan secara bersasar di KLIA Terminal 1 dan 2, termasuk aspek risikan dan tugasan unit K-9 susulan beberapa kes penyeludupan.

“Saya telah berikan amaran yang paling tegas”

Dalam satu penjelasan yang turut dikongsikan susulan video berkenaan, Mohd Shuhaily berkata terdapat individu yang merakam kejadian antara dirinya dengan seorang pegawai.

Menurut beliau:

“Ketika kejadian ada individu merakam apa yang berlaku antara saya dengan pegawai saya. Saya telah berikan amaran yang paling tegas dengan keras terhadap individu terbabit.”

Beliau turut berkata perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan yang dibuat berhubung insiden itu.

“Saya telah memaklumkan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan berkenaan perkara ini dan apa jua keputusan mereka saya terima.”

Netizen beri pandangan berbeza

Insiden berkenaan turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Antaranya, seorang pengguna Threads berpendapat pegawai yang terlibat mungkin hanya menjalankan tugasnya dan menyatakan bahawa sekiranya berada dalam situasi sama, dia juga akan membuat laporan.

Pengguna tersebut turut mendakwa bahawa apabila berlaku sesuatu insiden, tindakan merakam dan menularkannya di media sosial sering menjadi pilihan orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tun m2026-09-30 10:39:44

Doktor Peribadi Kongsi Kisah Pantau Tun Mahathir Saat Getir - "Beliau Banyak Menangis, Tidak Banyak Bercakap"

The post “Apa Jua Keputusan Badan Tertinggi Saya Terima” – Tular Video Kekerasan Di KLIA, KP AKPS Datuk Shuhaily Beri Kenyataan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved