‘Apa kata cuba saya?’ – Bung Moktar lempar bayangan mahu jadi Ketua Menteri Sabah

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 8:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available
Bung Moktar Radin menunjuk jari sambil bercakap dalam satu sesi, lontar bayangan mahu jadi Ketua Menteri Sabah.

image is not available

Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin secara terbuka mencabar minda pengundi negeri itu apabila melontarkan soalan provokatif: “Apa kata cuba saya (sebagai ketua menteri)?”.

Ahli Parlimen Kinabatangan enam penggal itu menyuarakan hasratnya ketika muncul dalam podcast KiniTV, sekali gus menandakan kesediaannya untuk mengetuai pentadbiran negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Beliau menegaskan rakyat perlu menilai rekod prestasi calon-calon lain, khususnya Ketua Menteri sekarang, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menurutnya gagal menzahirkan janji “Sabah Maju Jaya” apabila masalah asas seperti jalan raya rosak, bekalan air terputus dan gangguan elektrik berulang masih menghantui rakyat.

image is not available
Datuk Seri Hajiji Noor | Gambar: The Straits Times

Sindir pentadbiran sedia ada

Bung tidak menafikan hubungannya baik dengan Hajiji, tetapi mendakwa kepimpinan sedia ada “tidak membawa banyak perubahan” untuk Sabah.

Beliau turut mengimbas pengalaman awalnya selepas PRN 2020, apabila kedudukannya dalam kabinet negeri berubah pada saat akhir. Menurut Bung, perkara itu menjadi titik mula kekecewaannya terhadap pentadbiran GRS yang diketuai Hajiji.

“Hari pertama sudah tipu saya… lepas itu penipuan demi penipuan,” katanya, merujuk punca Umno dan BN akhirnya keluar daripada kerajaan pada 2022.

Baca juga:

Janji tabung kekayaan rakyat Sabah

Bung turut mengkritik pentadbiran lalu yang didakwa tidak telus dalam urusan penerokaan mineral. Jika diberi peluang menjadi ketua menteri, beliau berjanji akan menubuhkan Tabung Kekayaan Rakyat Sabah di bawah Yayasan Sabah.

Keuntungan daripada sumber negeri katanya akan dipulangkan terus kepada rakyat, di samping membuka peluang pekerjaan baharu.Beliau menegaskan, keikhlasan kepimpinan lebih utama daripada gabungan politik.

“Kalau 60 tahun lebih Sabah masih termundur dan termiskin, itu tandanya kepimpinan tidak ikhlas. Saya bertekad untuk ubah keadaan ini,” katanya.

image is not available
“Beri peluang kedua kepada Warisan, kami janji tadbir Sabah dengan lebih baik,” – Shafie Apdal. | Gambar: Suara Merdeka

Menjelang PRN ke-17

Data terkini SPR menunjukkan pengundi berdaftar di Sabah meningkat kepada lebih 1.7 juta orang, berbanding 1.1 juta pada PRN 2020. Dengan Warisan sudah mengumumkan akan bertanding solo di semua 73 kerusi dan GRS dijangka bertembung dengan BN, PRN kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit.

Bung Moktar pula sudah memberi isyarat jelas, beliau mahu pengundi memberi peluang kepadanya sebagai calon Ketua Menteri Sabah.

Sumber: MalaysiaKini