
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa cukai jalan tidak perlu dipamerkan lagi pada kenderaan.
Susulan itu, masyarakat kebanyakkannya berpuas hati dengan usaha menteri pengangkutan meng-digitalkan lesen kenderaan dan lesen memandu.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dan merasakan ia bakal menyusahkan di masa hadapan kelak.

Malah, golongan warga emas juga ramai minta agar diberi pilihan untuk mereka terus mempamerkan cukai jalan pada kenderaan kerana sukar untuk mereka menggunakan aplikasi digital.
Bukan mahu menolak usaha digital ini, tetapi mereka pertikaikan sejauh mana keberkesanan perkara ini terutama untuk golongan yang susah mendapat akses internet.

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen yang memberitahu bahawa aplikasi tersebut adalah sekadar pilihan dan tidak diwajibkan untuk semua orang memuat naiknya.
"Tak Perlu Lekat Atau Pamer Cukai Jalan Pada Kenderaan Lagi" - Anthony Loke
The post “Apa Ke B*doh, Tak Fikir Ke Warga Emas Nanti Terkial Nak Buka Apps MyJPJ Tu?!” – Dah Dimudahkan, Tapi Masih Ramai Yang Tak Puas Hati? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



