YB Anthony Loke jawab 6 kemusykilan tentang MyJPJ dan “roadtax” versi digital

11 Feb 2023 • 6:02 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan yang orang ramai tak perlu lagi bawa versi fizikal lesen memandu dan cukai jalan bila berada di luar kerana versi digital sudahpun ada dalam APP MyJPJ. Setelah itu, banyak persoalan yang timbul tentang implemntasi dan penguatkuasaan berkisarkan arahan terbaharu ini.

Maka, melalui saluran media sosialnya, YB Anthony Loke telah menyenaraikan 6 FAQ untuk lebih penjelasan kepada orang ramai. Senarai berikut dipetik langsung daripada sumber.

image is not available

1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax,  adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi dialami pelayan. Seperti yang dikatakan tadi, tidak wajib untuk menggunakan MyJPJ. Sekiranya tidak bersedia, rakyat masih boleh tampal dan bawa dokumen pengenalan seperti biasa.

Sumber: YB Anthony Loke