“Apa level keb*dohan & kejahilan ni?” – Faizal Tahir Selar Siti Kassim Tentang Isu Palestin

Entertainment
19 Oct 2023 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut yang kini berlaku di Palestin sudah pastinya membuka mata orang ramai, rakyat malaysia khususnya dilihat lantang dan berani menyuarakan solidariti mereka bersama Palestin menerusi media sosial.

Tidak kurang juga selebriti yang menggunakan platform media sosial mereka untuk mengajak orang ramai serta peminat untuk terus cakna dan membantu selagi mampu buat saudara-saudara kita di Palestin.

Antara yang lantang bersuara mengenai isu ini ialah penyanyi serta komposer tersohor, Faizal Tahir. Menerusi laman Twitter miliknya, pelantun lagu Santai itu banyak berkongsi berkenaan situasi di Palestin.

Yang menarik perhatian netizen ialah sebuah quote tweet olehnya yang membalas kenyataan peguam serta aktivis Siti Kassim, di mana dia menyifatkan ciapan aktivis itu sangat jahil.

“Tuan-tuan dan puan-puan, apakah level kebodohan dan kejahilan ini? Apakah level menjilat ini? Tolong saya sebab saya tak jumpa jawapan kepada level keb*dohan dan kejahilan ini,” tulisnya.

Ianya merupakan balasan daripada ciapan Siti Kassim yang berkata orang Israel yang memasuki tanah Palestin itu telah berada di situ lebih lama malah sebelum kedatangan Islam.

Kenyataan tersebut sudah pastinya membuatkan Faizal Tahir marah dan ciapan balasan itu sudah mendapat hampir 6K repost.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.