“Apa masalah dia?” – Lelaki ‘Naik Hantu’ Pecahkan Cermin Ambulans Guna Parang Di Sarawak

Entertainment
27 Mar 2024 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Emosi manusia boleh menjadi sangat bahaya jika tidak dikawal dengan betul, malah ia juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu menjadi ganas serta merbahaya.

Terbaru, tular sebuah video di aplikasi X di mana seorang lelaki tiba-tiba bertindak ganas dengan memecahkan cermin van ambulans menggunakan parang panjang yang dikenali sebagai ‘kwan tao’.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 43 tahun itu bagaimanapun sudah ditangkap susulan laporan yang dibuat pada pukul 2 petang Isnin kira-kira jam 12 tengah hari.

Dalam insiden yang berlaku di Sibu, Sarawak itu, polis menerima laporan daripada pengadu yang merupakan pemilik bengkel di sekitar itu, kata pengadu, dia tiba-tiba didatangi suspek tidak dikenali yang kemudiannya bertindak menetak cermin ambulans di situ sehingga pecah.

Difahamkan, ketika tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas sebilah kerambit dari tangan suspek dan juga menjumpai sebilah parang jenis ‘kwan tao’ di dalam kenderaan dipandu suspek.

Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek turut mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.