“Apa masalah hang?” – Tengok Isteri Rasa ‘Panas’, Usop & Isteri Kena Sihir Pemisah?

Entertainment
15 Dec 2023 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Amalan sihir ini sudah lama ‘membiak’ dalam kalangan masyarakat kita, meskipun ianya haram di sisi agama namun masih ada lagi pihak yang menggunakan cara kotor itu untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Penyanyi yang juga bekas peserta rancangan realiti Mentor, Usop atau nama betulnya Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor baru-baru ini mendedahkan dia dan isteri terkena sihir dari individu yang dikenali.

@melodiberapi

Betul ke penyanyi Usop & isteri dikatakan kena sihir pemisah?? Nah dengarkan luahan usop sendiri!! Min takut dengar cerita-cerita sihir ni.. #meloditv3 #sihirpemisah #fypシ゚viral #panas #sihir #ceritaartismalaysia #sensasi

♬ original sound – Melodi – Melodi

Pelantun lagu Gelora itu berkata dia dan isterinya, Nur Fatihah Md Hashim mempunyai perniagaan kedai makan dan sejurus isterinya selamat melahirkan anak, tiba-tiba jualan kedai makannya itu menurun dengan drastik.

“Kitorang bergaduh dekat dalam kedai tu, saya tengok isteri saya pun rasa panas. Padahal benda kecik je.

Isteri saya pun cerita dia ada mimpi pelik-pelik, bangun-bangun ada lebam,” katanya.

Menerusi Melodi TV3, dia berkongsi dia tiada masalah dengan mana-mana individu dan disebabkan itu dia keliru mengapa dia dan isteri terkena sihir sebegitu.

Usop memberitahu dia sudah pun pergi berubat dengan rawatan alternatif bagi memulihkan hubungan keluarganya dan difahamkan dia mengenali sosok yang membuat perkara syirik itu kepadanya selain memberitahu mereka pernah bekerja bersama.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.