“Apa Masalah Penulis?!” – Skrip Terpalit Kontroversi, Rating ‘Love Next Door’ Tak Stabil

EntertainmentOpinion
9 Sep 2024 • 11:04 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Semakin popular sesebuah drama itu, semakin banyak kemungkinan ianya dipersoal penonton.

Baru-baru ini, sebuah adegan dari “Love Next Door,” lakonan Jung Hae-in dan Jung So-min, menarik perhatian netizen atas sebab yang negatif.

Khususnya, adegan ini menampilkan watak utama wanita, Seok-ryu (dilakonkan oleh Jung So-min), sedang berjalan di lorong gelap, sementara watak utama lelaki, Seung-hyo (dilakonkan oleh Jung Hae-in), mula mengikutinya.

Setelah menyedari dirinya sedang diekori, Seok-ryu mula panik dan berlari ketakutan sehingga dia sampai ke jalan buntu dan terpaksa berpaling untuk berhadapan dengan Seung-hyo, sambil memanggilnya “gila” kerana menakutkannya.

Pun begitu, Seung-hyo hanya memarahi Seok-ryu dan memintanya diam kerana di kawasan kejiranan. Malah lelaki itu bertanya mengapa dia tidak memandang belakang untuk melihat siapa mengekorinya.

Adegan tersebut telah mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan penonton wanita yang merasakan ia “terlalu dekat dengan realiti”,

Kita selalu melihat berita tentang wanita diserang malah dibunuh kerana berhenti untuk memeriksa apa yang ada di belakang mereka. Jadi, kenapa watak utama lelaki dalam komedi romantik mengatakan perkara yang tidak masuk akal ini?? Bagi lelaki, ini cuma adegan biasa, tetapi bagi wanita, ketakutan itu adalah nyata.

image is not available

Malah, topik yang mengkritik adegan ini telah menjadi perbincangan hangat di laman kmomuniti di Korea dengan lebih daripada 100,000 tontonan. Komen mereka,

  • Kenapa watak lelaki seperti tu?
  • Watak utama lelaki betul-betul hancur…
  • Itu watak utama lelaki? Dia langsung tak minta maaf sehingga ke sudah.

Dalam pada itu, rating “Love Next Door” menyaksikan prestasi tidak stabil apabila episod sebelum ini meraih rating terendah iaitu 3.9% namun menaik ke 6% dalam episod seterusnya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.