“Tak Serasi..” – Rating Menurun, ‘Love Next Door’ Terima Respon Pra-Kontra Kerana Hal Ini

EntertainmentMovie
25 Aug 2024 • 4:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Apa cerita dengan drama “Love Next Door”?

“Love Next Door” membawa kisah seorang wanita bernama Bae Seok-ryu (Jung So-min), yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo (Jung Hae-in), yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.

Terbaru, netizen Korea telah membincangkan mengenai drama itu yang dikatakan kurang menarik di sebuah laman komuniti. Khabarnya, ramai yang tidak merasakan keserasian di antara teraju utama, Jung Hae-in dan Jung So-min.

image is not available

Komen penonton,

  • Dorang dua tak serasi.
  • Pelakon lelaki tak pandai berlakon babak komedi.
  • Dialognya agak kekampungan.
  • Tapi best je.. sebab saya boleh tengok dengan ringan.
  • Plotnya klise.
  • Lakonan mereka sedikit individualistik dan tak padan.

Malah episod terbaru “Love Next Door” yang bersiaran kelmarin turun menyaksikan penurunan rating sebanyak 1% berbanding episod lalu sekaligus mencatatkan rating terendah.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.