Apa Perlu Buat Jika Anak Diserang Sawan? Ini Langkah Yang Patut Ibu Bapa Lakukan [Video]

Health & FitnessFamily & Parenting
16 May 2025 • 1:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi kebanyakan ibu bapa, antara perkara yang paling merisaukan adalah melihat anak tersayang berada dalam kesakitan.

Walaupun hanya mengalami demam, kadangkala sakit biasa sebegini boleh menyebabkan keadaan menjadi serius seperti cahaya mata anda diserang sawan.

Bila sebut tentang sawan, kanak-kanak kebiasaannya berisiko mengalami keadaan sebegini terutama jika mengalami demam panas khususnya apabila suhu mencecah lebih 38ºC.

Buat segelintir ibu bapa, pasti ada yang akan panik dan tidak tahu langkah sepatutnya dilakukan apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.

Doktor Kongsi 8 Langkah Patut Ibu Bapa Lakukan Bila Anak Diserang Sawan

Faham dengan apa yang dihadapi oleh ibu bapa, seorang doktor perubatan berkongsikan langkah mudah yang boleh dilakukan jika anak khususnya bayi mengalami sawan.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau menerusi satu video di TikTok @dradlihidayat.

“Belajar sekarang parents, nanti kalau dah sawan baru nak search susah tau,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, perkara pertama sekali yang dinasihatkan olehnya adalah ibu bapa perlu kekal bertenang.

“Relaks, ambil nafas,” katanya.

Kemudian, ibu bapa boleh melakukan beberapa langkah seperti berikut:

#1 Lihat Waktu Pukul Berapa Anak Mula Diserang Sawan

Ibu bapa perlu melihat pada jam berapakah anak mengalami keadaan sebegitu.

Namun, jika pada ketika itu tiada jam berhampiran, ibu bapa dinasihatkan fokus kepada anak terlebih dahulu.

#2 Pastikan Keadaan Sekeliling Selamat

Pastikan juga keadaan sekeliling bayi atau kanak-kanak selamat dan tidak mempunyai barang yang merbahaya.

Alihkan barang atau permainan jika ada. Ia penting bagi mengelakkan daripada bayi berisiko untuk jatuh, terjerut atau lemas.

“Pastikan keadaan sekeliling baby selamat, pastikan tak banjir, tiada apa-apa, tidak tinggi, tempat yang stabil. Kalau tak, angkat (bayi), alih,” katanya.

#3 Mengiringkan Badan & Kepala Bayi Ke Kiri

Ini merupakan antara langkah penting yang ibu bapa boleh lakukan. Jika bayi anda diserang sawan, iringkan badan termasuk kepala bayi ke sebelah kiri.

Memetik Hello Doktor, posisi sebegini dilakukan bagi mengelakkan daripada lidah si cilik terjatuh ke bahagian belakang dan menutup saluran pernafasan mereka.

image is not available

#4 Keluarkan Apa Yang Jelas Terkeluar Dalam Mulut Bayi

Jika perasan ada sesuatu yang keluar dari mulut bayi ketika sawan, ibu bapa perlu segera mengeluar dan mengalihkan barang tersebut.

#5 Jangan Masukkan Apa-Apa Ke Dalam Mulut

Selain itu, doktor ini menasihatkan agar ibu bapa tidak masukkan sesuatu ke dalam mulut bayi lebih-lebih jika dia sedang diserang simptom berkenaan.

“Kalau tak ada apa-apa dalam mulut, jangan sesekali masukkan barang atau jari dalam mulut bayi,” katanya.

#6 Minta Bantuan Orang Untuk Rakam Situasi

Pada masa yang sama, dapatkan bantuan orang sekeliling untuk merakam video sawan yang dialami oleh si kecil.

Ia bukan sekadar untuk suka-suka namun rakaman itu boleh menjadi bukti untuk ditunjukkan kepada doktor.

“Bila rekod (rakam), kita boleh tunjukkan dekat doktor, anak sawan macam mana, kita tahu daripada pukul berapa anak sawan, berapa minit dia sawan,” katanya.

#7 Tak Perlu Sejukkan Anak Jika Sawan Ketika Demam

Sekiranya bayi anda diserang sawan ketika demam, ibu bapa disarankan untuk tidak menyejukkan atau membasahkan badan anak dengan air.

Ini kerana tindakan menyejukkan anak tidak akan menghentikan sawan yang dialami sebaliknya ia untuk mengelakkan daripada berlakunya sawan berulang.

“Sawan akan berhenti sendiri. Kita sejukkan untuk elak sawan yang seterusnya.

“Waktu dia sawan, fokus untuk mengiringkan dia ke kiri dan pastikan air liur dia boleh keluar,” katanya lagi.

#8 Telefon Ambulans & Dapatkan Rawatan Di Hospital

Langkah yang terakhir yang dikongsikan oleh doktor berkenaan adalah segera menelefon ambulans dan mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu bapa tidak disarankan untuk membawa sendiri nak ke hospital apatah lagi, jika anda memandu keseorangan bersama bayi yang dalam keadaan sawan. Ini kerana situasi sebegitu tidak selamat untuk bayi.

“Tidak kira sawan lama atau sawan sekejap, seminit, dua minit, semua kena pergi hospital terutama sekali sawan bagi kanak-kanak bawah enam tahun.

“Kena ada doktor yang periksa sama ada sawan itu ada effect kepada kanak-kanak punya saraf ataupun tidak.

“Lebih baik tunggu baby berhenti sawan, kalau lama sangat baby tak berhenti sawan, lebih baik telefon ambulans,” katanya.

@dradlihidayat

Kecemasan baby sawan: sy listkan juga 1. Relax 2. Tengok jam/waktu 3. Pastikan keadaan sekeliling selamat (baby takde risiko jatuh/terjerut/lemas) 4. Mengiring ke kiri 5. Keluarkan apa yg jelas dalam mulut 6. JANGAN MASUKKAN APA APA DALAM MULUT 7. Suruh orang rekod 8. Call ambulans Belajar sekarang parents, nnt kalau dah sawan baru nak search susah tau. Kalau baby sawan sebab demam, sejukkan anak tu takkan berhentikan sawan. Cuma bila baby sejuk kita boleh elakkan drpd sawan berulang. So tak perlu cari cari air nak sejukkan masa baby sawan ye #baby #newborn #newbornbaby #toddler #anak #infant #malaysia #drtiktok #PSA #demam #hospital #sakit #kecemasan #parents #sawan #seizure #epilepsy

♬ original sound – Dr Adli Hidayat – Dr Adli Hidayat

@dradlihidayat

Replying to @Bonda Lindaa Sawan lama atau sekejap semua pergi ke hospital ye. Walaupun tak admit. Pastikan ada pemeriksaan. Dr kena periksa fungsi saraf baby #baby #newborn #demam #sawan #hospital #kecemasan #firsttimemom #drtiktok #malaysia

♬ original sound – Dr Adli Hidayat – Dr Adli Hidayat

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Anggap Perkongsian Doktor Sangat Membantu

Video yang telah mendapat lebih 136,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memberi maklum balas positif dan menganggap perkongsian doktor berkenaan amat membantu mereka jika berhadapan dengan situasi sedemikian.

Apatah lagi, rupanya ada yang pernah berhadapan pengalaman sebegitu namun tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Sangat Membantu, Baca Komen Mak-Mak Sini Membantu Sikit, Trauma Anak Sawan”

image is not available

“Saya Waktu Anak Kena Swan, Tak Fikir Untuk Rakam Sebab Otak Dah Blur, Cuma Saya Ingat Saya Mengiringkan Anak”

image is not available

“Saya Pun Trauma 3 Kali Anak Saya Kena Start Umur Setahun”

image is not available

“Terima Kasih Atas Ilmunya Doktor”

image is not available

Source: