Ramai Terhibur Wanita Dapat Kambing Sebagai Hadiah Cabutan Bertuah Sewaktu Mesyuarat PIBG [Video]

LocalEntertainment
16 May 2025 • 10:54 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi satu kewajipan untuk setiap sekolah untuk mengadakan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah setahun sekali.

Mesyuarat ini dilakukan bukan sahaja untuk mengeratkan silaturrahim di antara guru dan ibu bapa bahkan ia juga untuk membincangkan mengenai bagaimana ingin memajukan lagi sekolah serta pelajar.

Kebiasaannya apabila tiba mesyuarat PIBG para guru bukan sahaja akan menyediakan tempat untuk ibu bapa berkumpul malah ada yang akan membuat sedikit aktiviti untuk memeriahkan suasana.

Sekolah buat cabutan bertuah dengan hadiah menarik dan unik

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Galau di Sik, Kedah turut tidak melepaskan peluang apabila mengadakan cabutan bertuah sempena mesyuarat PIBG yang dilakukan di sekolah berkenaan.

Namun apa yang menarik hadiah cabutan bertuah yang dibuat oleh sekolah dan ibu bapa di sekolah ini begitu unik sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zaiton di TikTok, awalnya kedengaran pengacara telah menyebut nombor bertuah 47 untuk mengambil hadiah.

Selepas membuat pengumuman dua kali, tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita tampil ke pentas untuk mengambil hadiah bertuah berkenaan dan para ibu bapa serta guru mula bersorak.

Wanita dapat hadiah seekor kambing

Sebaik sahaja dia tampil, kelihatan seorang lelaki menarik seekor kambing lalu memberikan haiwan tersebut kepada wanita itu.

Kedengaran orang ramai di dewan itu ketawa kerana terhibur melihat hadiah yang diterima oleh wanita itu.

Bukan hanya itu, wanita berkenaan dilihat seperti terkesima apabila mendapat kambing sebagai hadiah cabutan bertuah.

Dalah beberapa lagi video yang dikongsikan oleh Zaiton di akaunnya, bukan sekadar kambing terdapat juga hadiah lain yang unik seperti petai, kereta sorong, mesin rumput, pencuci baju dan banyak lagi yang menarik.

@zaitonsikny #terima kasih yg menyumbang. semoga murah rezeki#fypシ ♬ original sound – ZaitonSikney

@zaitonsikny #kereta itu disumbang kembali kepada sekolah.# terima kasih yang menyumbang#fypシ ♬ original sound – ZaitonSikney

Hadiah adalah sumbangan ibu bapa dan PIBG

Melihat di ruangan komen, Zaiton turut memaklumkan hadiah berkenaan merupakan sumbangan daripada ibu bapa dan PIBG.

image is not available

Tidak kurang juga ramai yang terhibur dan merasakan ia adalah satu hadiah yang menarik serta unik.

Ada juga yang suka melihat kemeriahan majlis PIBG yang disambut dengan meriah bersama ibu bapa.

Pun begitu harga bagi seekor kambing dipasaran bermula RM500 dan boleh mencecah kepada ribuan ringgit bergantung kepada saiz serta jantinanya.

“Kambing wei, kambing mahal tau. Bestnya kalau dapat macam ni”

image is not available

“Tak pernah orang buat cabutan bertuah bagi kambing. Tapi rezeki tu, nak beli mahal. Boleh bawalah cari pasangan bela. Mana tahu jadi taukeh kambing”

image is not available

“Dah risau dah akak tu. ‘Aku dah lah datang naik motor'”

image is not available