
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tindakan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya adalah suatu perkara yang amat memalukan dan menyalahi undang-undang.
Namun masih terdapat individu yang keras kepala memilih untuk membuang sahaja sampahnya di merata-rata tempat hanya kerana malas mencari tong sampah walhal ia banyak disediakan.
Perkara ini boleh mendatangkan bahaya apabila sampah yang dibuang menghalang jalan raya ataupun tidak dibersihkan sehingga didatangi mahkluk perosak.
Namun lebih dahsyat jika membuang sampah pada harta benda orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Dah 2 Kali ‘Tertangkap’, Lelaki Kantoi Buang Sampah & Kencing Belakang Kawasan Perumahan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur Pekerja Servis Aircond Buang Sampah Tepi Jalan Raih Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Berang, Ibu Jadi Mangsa Individu Selamba Buang Sampah Dari Tingkat Atas Flat PPR
Pemandu Tiba-Tiba Baling Sampah Atas Kereta Wanita
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads, apabila seorang content creator dikenali sebagai Afina Balqis berkongsi situasi mengejutkan yang berlaku semasa duduk di dalam keretanya di kawasan parkir kenderaan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Alza secara tiba-tiba memberhentikan keretanya betul-betul berhadapan kereta Afina.
Pemandu lelaki itu kemudiannya membaling sampah yang kelihatan seperti ‘paper bag’ yang telah digumpal ke atas cermin hadapan kereta wanita itu.
Pemandu Terus Pergi Tanpa Rasa Bersalah
Tanpa sebarang penjelasan, pakcik berkenaan terus berlalu pergi dari situ seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
“Saya tengah park depan Giant Seksyen 7 sambil edit video dalam kereta, tiba-tiba ada uncle buat macam ni? Saya tak faham perangai jenis apa ni yang sengaja campak sampah atas kereta saya?” tanya Afina.
Menurutnya, kejadian itu berlaku semalam (29 Januari) di depan Pasaraya Giant, sekitar Seksyen 7, Shah Alam.
View on Threads
Orang Ramai Rasa Tak Puas Hati, Minta Wanita Buat Laporan Polis
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai menggesa Afina agar melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana membuang sampah secara semberono boleh dikenakan tindakan.
Sebgai info, membuang sampah di merata tempat adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam bermula awal tahun ini.
Warganet turut berasa bingung dengan tindakan pakcik itu yang tidak semena-mena membaling sampah di atas kenderaan orang lain.
Namun ada juga yang berpendapat mungkin ada sebab lelaki itu berbuat demikian antaranya berasa berang kerana tidak dapat parkir tersebut.
Dalam masa sama, seorang wanita memberi nasihat kepada kaum hawa agar tidak keluar dari kereta jika perkara sedemikian berlaku kerana dirisaukan modus rompakan atau penculikan.
“Kalau lain kali kena macam ni, please jangan keluar kereta. Kunci dan gerak terus. Biar je sampah tu,” katanya.




Baca Artikel Berkaitan: Sikap Individu Selamba Buang Sampah Keluar Tingkap Kereta Toyota Vios Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Salute Kesabaran Peniaga Sabar Layan Wanita Selamba Masuk Kedai & Buang Sampah Merata [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Apa Yang Berubah Di Malaysia Bermula 1 Januari 2026? Ini Yang Korang Patut Tahu

