“Apa salah adik ni?” – Netizen Geram Pembeli Biadab Campak Duit Kepada Peniaga Cucur Udang

Entertainment
20 Oct 2023 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adat dalam berniaga, selain daripada menjual mereka juga perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Kebiasaan kita akan berbuat baik kepada orang lain lebih-lebih lagi dalam urusan jual beli.

Akan tetapi, pasti ada hari yang kurang luck apabila bersemuka dengan pembeli yang kurang adab.

Baru-baru ini viral di X, seorang peniaga makanan berhadapan dengan pembeli yang agak biadap kerana mencampakkan duit ke atas meja walaupun peniaga itu sudah menghulurkan tangannya.

image is not available

Pada awalnya, peniaga yang menjual cucur udang itu telah didatangi oleh pelanggan di kedainya dan bertanya harga cucur udang yang dijual. Peniaga itu pun memberitahu kepada pelanggan harga cucur udang yang dijual.

Kemudian, pelanggan memesan makanan yang diingini dan peniaga itu terus menyiapkan pesanan tersebut.

Setelah pesanan sudah siap dibungkus, peniaga itu meletakkan pesanan di atas meja sambil memberitahu jumlah bayaran. Dia juga menunggu pelanggan itu menghulurkan wang.

Sesuatu yang menyedihkan berlaku apabila pelanggan itu mencampakkan duit di atas meja sedangkan peniaga itu telah menghulurkan tangan untuk menerima wang.

Peniaga yang tidak lekang senyum dari awal urusan jual beli, raut wajahnya terus berubah mungkin disebabkan terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh pelanggan tersebut.

Walaupun dilayan sebegitu, dia masih tersenyum dan memberi baki wang di atas tangan pelanggan.

Video ini telah mendapat pelbagai reaksi oleh netizen di ruangan balas. Rata-rata daripada mereka geram dengan sikap kurang adab oleh pelanggan tersebut. Ada juga yang menceritakan pengalaman yang hampir sama berlaku seperti situasi dalam video.

image is not available

Nampak muka adik tu sedih..

Sumber: X

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article