“Apa Salah Dia?” – Shuib Minta Orang Ramai Berhenti Banding Watie Dengan Sarah

Entertainment
16 May 2023 • 12:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelawak, Shuib baru-baru ini meminta orang ramai untuk berhenti membandingkan tunangnya, Watie bersama Allahyarham Siti Sarah.

Shuib mengatakan arwah isterinya sentiasa berada dalam hati namun ini tidak memberi maksud untuk orang luar membandingkan Watie.

Perasaan Shuib

image is not available

Menurut Shuib, hal terpenting yang difikirkan kini adalah bagi mencari teman hidup baharu untuk menemani dirinya dan anak-anak.

Sarah itu sudah ke tempat yang paling istimewa buat saya dan Watie pun tahu hal itu. Perbandingan itu sebenarnya tak patut berlaku. Sebab kita kena terima realitinya.

Dalam pada masa yang sama, Shuib juga memberitahu bahawa perbandingan orang ramai terhadap Watie dan Sarah mampu mampu menyakitkan hati sesetengah pihak juga.

Ini kerana tak adil untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia kan? Dia nak ada untuk saya itu sebab anak-anak, keluarga.

Sebagai info, Shuib dan Watie telah selamat bertunang dalam sebuah majis tertutup pada 6 Mei yang lalu dan bakal melangsungkan penikahan pada bulan Jun nanti.

Kredit: Metro Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved