Hanya Mampu Lawat Pusara Arwah Ibu, Uwais Buat Ramai Sebak, “Siti Sentiasa Hidup Dalam Diri Kita”

Entertainment
15 May 2023 • 9:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sempena sambutan Hari Ibu semalam, anak sulung kepada pasangan Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais membuatkan orang ramai menitiskan air mata.

Menerusi satu perkongsian video, Uwais melakonkan babak sedih hanya mampu melihat gambar ibunya yang tergantung di pejabat Loveta Hq.

image is not available

Dia kemudian meminta kebenaran atoknya Raisuddin Hamzah untuk singgah sekejap di pusara arwah. Uwais mahu bersendirian di pusara ibu dan menatap pusara dengan pandangan sedih.

Di Instagram, Shuib tak ketinggalan meluahkan ucapan hari ibu buat arwah isterinya. Katanya, biarpun sudah pergi, arwah akan sentiasa hidup dalam diri setiap ahli keluarga sehinggalah nafas yang terakhir.

Shuib juga memuji Uwais yang handal berlakon seperti arwah Siti Sarah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media