“Apa salah saya” – Lee Zii Jia Menangis Semasa Ditemubual Wartawan, Luah Suka Duka Sebelum Genggam Pingat

Entertainment
6 Aug 2024 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa gembiranya rakyat Malaysia pagi ini apabila semalam, kita berjaya meraih satu lagi pingat gangsa menerusi kemenangan badminton perseorangan lelaki.

Lee Zii Jia telah berjaya menewaskan pemain badminton dari India, Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16, 21-11 dalam pertarungan yang beraksi selama 71 minit di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

image is not available

Di sebalik kegembiraan itu, terselit kisah duka yang disimpan Lee Zii Jia, 26 yang mengakui terlalu banyak yang terjadi sejak dia memilih untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara profesional.

“Ia merupakan detik hitam dalam kerjaya saya”

Bercakap kepada wartawan Astro Arena, Ahmad Shahrazad Sani atau lebih mesra dikenali sebagai Bang Med, Lee Zii Jia berkata dia sedikit pun tidak menyerah kalah selepas menerima pelbagai tohmahan, malah berjaya memberikan pingat gangsa yang kedua kepada negara.

Ia merupakan detik hitam dalam kerjaya saya sebagai pemain badminton selain menempuh masa yang sangat buruk sepanjang tiga tahun ini.

“Saya menghadapi kesukaran di mana saya bergelut dengan persembahan sendiri, ranking jatuh dan tidak percaya bahawa saya akan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Namun, saya sedikit pun tidak menyerah kalah dan membutirkan pingat gangsa kedua untuk negara meskipun impian sebenar hadir di sini ialah untuk menggondol pingat emas,” katanya.

“Saya terfikir apakah kesalahan saya”

Zii Jia juga mendedahkan bahawa semasa set kedua, dia tak mahu menyerah kalah dan terus berusaha kerana telah melangkah sejauh itu serta tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

Setiap pagi apabila bangun daripada tidur, saya melihat ramai orang memetik nama saya di ruangan media sosial membuatkan saya terfikir apakah kesalahan saya.

“Saya diamkan diri meskipun mereka sentiasa mengaibkan saya kerana saya akan buktikan kepada mereka dan ini adalah permulaan untuk saya menjadi lebih hebat,” katanya dalam sebak.

image is not available

Video temubual itu telah menerima pelbagai komen positif dari netizen yang memberi semangat kepada Lee Zii Jia untuk terus berusaha demi menggapai kejayaan.

Menang atau kalah, kami tetap di belakang Zii Jia, okay? Semoga terus menyerlah!

Sumber: X, Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.