Apa Sebenarnya Isu 40% Hasil Sabah? Ini Maklumat Ringkas Yang Patut Korang Tahu

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 6:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Jika perasan, sejak belakangan ini, kecoh di media sosial isu mengenai pemberian khas 40% hasil Sabah.

Semuanya bermula apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober lalu memutuskan Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan menyemak semula Hak Tuntutan 40% hasil bersih yang diperoleh dari negeri bawah bayu itu mengikut Perkara 112C dan 112D, Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan tersebut, Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menyifatkan kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah hampir lima dekad.

Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa (11 Oktober) lalu memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan dan akan memulakan proses rundingan dengan segera.

Namun, AGC telah memberikan nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai kecacatan Alasan Penghakiman.

View on Threads

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya menjelaskan perkara sama di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tetapi tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dinyatakan oleh hakim di dalam Alasan Penghakiman.

Bagaimanapun, kenyataan itu disifatkan sebagai bercelaru dan tidak menjawab isu berbangkit oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Baca Artikel Berkaitan: Isu 40% Hasil Sabah: Penjelasan PM Bercelaru, Tak Jawab Isu Berbangkit – MP PKR

Apa Itu Perkara 112C dan 112D?

Secara ringkasnya Perkara 112C adakah mengenai Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan Sarawak.

Manakala Perkara 112D pula adalah kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak.

Secara ringkasnya perkara ini menetapkan bahawa Sabah dan Sarawak berhak mendapat pulangan hasil tertentu daripada hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dalam negeri masing-masing.

Dalam kes ini Sabah akan menerima 40% daripada hasil persekutuan yang dikutip di negeri itu, yang juga dikenali sebagai pemberian khas.

Selain itu pemberian khas ini perlu disemak dan ditingkatkan pada kadar yang munasabah setiap lima tahun, berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Foto: Perlembagaan Persekutuan

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Tuntutan 40% Hasil Sabah?

Memetik Sinar Harian, tuntutan 40% hasil Sabah merupakan peruntukan yang terkandung dalam Subseksyen 2(1), Bahagian IV, Jadual Ke-10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Laporan itu menyebut, agihan 40% itu bukanlah semua hasil dari Sabah tetapi hanya ‘amaun yang hasil bersih didapati Persekutuan dari Sabah melebihi hasil bersih akan didapati sedemikian oleh Persekutuan dalam tahun 1963’.

Apa itu hasil bersih? Ia merujuk kepada perbezaan hasil yang dikutip oleh Persekutuan dan bayaran dibuat kepada negeri Sabah.

Ia tidak merangkumi pemberian mengikut kepala atau jalan raya seperti yang dinikmati oleh negeri lain.

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Bin Apdal dalam podcast Keluar Sekejap, angka 40% tersebut merupakan perjanjian spesifik sebaik sahaja Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.

Antara yang terkandung dalam perjanjian berkenaan adalah mengenai tuntutan cukai di mana setiap hasil cukai perlu dikembalikan kepada Sabah sebanyak 40%.

Malah, menurutnya, pembentukan Malaysia membolehkan Sabah menikmati hasil dividen sebanyak 10% namun apa yang berlaku adalah mereka hanya memperoleh dividen sebanyak 5% manakala 5% lagi ke Kerajaan Persekutuan serta 90% kepada syarikat yang dikawal kerajaan.

View this post on Instagram

A post shared by Keluar Sekejap (@keluar.sekejap)

Tonton video penuh [DI SINI]

Bayaran Boleh Dirunding & Rundingan Perlu Diadakan Pada Setiap 5 Tahun

Namun, Kerajaan Persekutuan dan Negeri boleh berunding mengenai jumlah bayaran yang perlu dibuat di bawah tuntutan 40% dengan mengambil kira kedudukan kewangan Persekutuan serta keperluan kerajaan negeri.

Rundingan itu pula perlu diadakan bagi tempoh lima tahun atau lebih panjang.

Tiada Rundingan & Kajian Semula Dibuat Selepas Tahun 1973

Memetik Sinar Harian, bayaran 40% itu bermula pada tahun 1964 dengan bayaran RM5 juta dan ia mencecah RM21 juta pada tahun 1968.

Setelah kajian semula dibuat pada tahun 1969, bayaran ini mencapai RM26.7 pada tahun 1973.

Walau bagaimanapun, tiada lagi rundingan atau kajian semula dibuat di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri selepas tahun 1973.

Isu ini yang membangkitkan kemarahan segelintir rakyat Sabah dan mempersoalkan mengapakah tiada rundingan seperti tahun sebelumnya.

Kerajaan Terus Bayar RM26.7 Juta Sehingga Tahun 2021

Malah, Persekutuan terus membayar RM26.7 juta sehingga tahun 2021 seolah-olah tiada berlaku perubahan atau inflasi sepanjang tempoh tersebut.

Dek kerana itu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan ketiadaan kajian semula sepanjang tempoh 48 tahun telah melanggar Perlembagaan dan mengarahkan agar rundingan baru dimulakan dalam tempoh 90 hari dan diselesaikan dalam 180 hari.

Keputusan Mahkamah Tinggi ini juga dilihat memberi makna yang besar kepada rakyat Sabah.

Menerusi satu kenyataan oleh Sabah Law Society di Facebook, keputusan ini bukan sekadar angka mahupun peratusan.

Namun ia bermaksud lebih banyak sekolah dapat dibina, hospital untuk keluarga, jalan raya yang menghubungkan kampung serta peluang ekonomi yang setimpal dengan hak rakyat Sabah.

Malah, ia juga adalah mengenai maruah, keadilan dan penghormatan terhadap kedudukan Sabah yang sah di dalam Malaysia.

Press StatementSabah’s Rights Vindicated – Justice at LastToday marks a turning point for Sabah. The High Court has…

Posted by Sabah Law Society on Thursday 16 October 2025