Apa sokongan yang kamu perlukan – MB Selangor

LocalHealth & Fitness
25 Sep 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Apa sokongan yang kamu perlukan – MB Selangor

SHAH ALAM – Tekanan yang dihadapi doktor dan petugas kesihatan di hospital seluruh Selangor mendapat perhatian kerajaan negeri yang kini meneliti bentuk intervensi bagi membantu golongan berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara bentuk sokongan yang boleh diselaraskan ialah bantuan kesihatan mental dan kebajikan mengikut keperluan petugas.

Menurut beliau, kerajaan negeri mahu mendapatkan maklum balas secara terus daripada petugas kesihatan bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang benar-benar diperlukan.

“Sekarang ini isu intervensi apa yang boleh kita bantu. Pertama, melihat sokongan kepada doktor dan pasukan perubatan serta jururawat. Apa sokongan yang kamu perlukan, kena bincang dengan kami sebab kita takut salah beri sokongan nanti, ia tidak menjadi betul,” katanya dalam sesi libat urus Belanjawan Selangor 2027 di sin, hari ini.

Terdahulu, seorang doktor wanita sebuah hospital awam memohon kerajaan negeri memantau aspek tekanan dihadapi pasukan dan pegawai kesihatan di seluruh Selangor.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, tekanan dihadapi petugas kesihatan bukan hanya berkaitan beban kerja, malah boleh melibatkan masalah lain yang memerlukan bentuk sokongan berbeza.

“Mungkin sokongan itu perlukan rumah contohnya. Kita boleh fikir kuota smart sewa atau sokongan orang dalam memberikan perhatian seandainya berdepan kesukaran yang telah ada ekosistem kerajaan negeri. Kita memang ada sokongan mental. Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin boleh melihat bagaimana memberikan sokongan kepada doktor yang mengalami tekanan ini,” jelasnya.

Beliau turut menyentuh isu kekurangan jururawat yang boleh menjejaskan kelengkapan pasukan perubatan di hospital.

Justeru kata Amirudin, kerajaan negeri akan melihat potensi kolej perubatan Universiti Selangor (Unisel) untuk membantu memenuhi keperluan hospital awam di Selangor mulai tahun depan berbanding kepada hospital-hospital swasta sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

The post Apa sokongan yang kamu perlukan – MB Selangor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved