“Apa Yang Berlaku Di Palestin Adalah Satu Genocide” – Kolaborasi Pertama Khairul Aming Dan Sofyank Terima Pujian Netizen

24 May 2024 • 1:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam, dua pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan Sofyank mengejutkan netizen dengan kolaborasi pertama mereka. Yang lagi menarik, mereka telah berkolaborasi untuk hasilkan video infografik berkaitan apa yang berlaku di Palestin.

Menerusi hantaran di media sosial, mereka menyataka ini adalah satu usaha untuk beri kefahaman kepada umum tentang keadaan terkini di Rafah.

Tidak hanya menceritakan sejarah yang berlaku, meraka juga menyelitkan angka korban yang semakin meningkat di sana untuk membuka mata publik.

Kolaborasi pertama dengan Sofyank dan kami nak hasilkan video infografik terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik semata-mata.

Mereka juga menyatakan video yang berdurasi 8 minit itu akan menerangkan situasi kritikal yang berlaku di Rafah dan Jabalia. Hasil pemerhatian kami, hantaran tersebut sudah raih lebih 1 juta tontonan dari warganet.

Alhamdulillah, bagus usaha Khairul Aming dan Sofyank. Semoga makin ramai yang cakna dan faham keadaan di Rafah makin tenat lepas tengok video yang dikongsi.

Kredit: X Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.