“Apa Yang Ditulis Itu Benar” – Bekas Suami Dewi Didakwa Keluar Rumah Lepas ‘Dicucuk’ Cik Epal?

EntertainmentLifestyle
11 Apr 2025 • 3:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dewi

Selepas sekian lama mendiamkan diri, wanita dikenali sebagai Emira Delyati Dewi akhirnya bersuara mengenai perkahwinannya yang terdahulu.

Difahamkan, Emira atau lebih mesra disapa sebagai Dewi berstatus isteri orang ketika bekerja dengan Jofliam.

Namun, rumahtangganya juga didakwa berantakan akibat daripada hasutan pihak ketiga.

Terbaru, Dewi menerusi hantaran di Instagram Story memberi pengesahan terhadap satu posting yang tular menceritakan situasi sebenar antara dia dan bekas suaminya.

Tular punca sebenar penceraian Dewi dan bekas suami

image is not available

Assalamualaikum, I have never spoken about my marriage as I am trying to jaga aib bekas suami saya. But what this person has put on her/his threads, is absolutely correct.

Dalam hantaran itu, bekas suami Dewi didakwa keluar rumah dan tidak memberi nafkah selama 6 bulan sehingga tarikh bercerai.

Lebih mengejutkan, bekas suaminya didakwa melanggar taklik keluar rumah hasil hasutan pempengaruh Cik Epal.

Imran akan jadi salah seorang saksi dalam kes mahkamah

Dalam satu lagi hantaran, Emira turut memaklumkan bahawa individu bernama Imran akan menjadi salah seorang saksi dalam kes mahkamah yang telah difailkan.

image is not available

Menurutnya, semua bukti perbualan dan rakaman audio telah pun diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

I have forwarded all the text message/audio recording between me & my ex husband to my lawyers. Selebihnya biar la dibicara di mahkamah.

Malah, dia juga berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan individu bernama Imran, yang menunjukkan peringatan agar menjaga aib serta menyebut tentang rakaman suara sebagai bukti yang telah disimpan olehnya.

image is not available

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak menyangka Dewi menyimpan banyak kisah yang selama ini tidak pernah dibuka kepada umum.

#ApaKataOhmedia

Nampaknya kes antara mereka semakin berlarutan apabila ada isu baru yang dikaitkan dengan pempengaruh Cik Epal. Semoga semuanya mendapat keadilan di mahkamah kelak.

Kredit: Instagram Dewi
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.