“Apa Yang Penting..” – Diminta Untuk Lebih Ekspresif Atas Pentas, Tzuyu TWICE Beri Respon Padu

EntertainmentLifestyle
18 Apr 2025 • 2:52 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan senang kan untuk idola ni puaskan hati semua orang dengan bakat mereka.

Terbaru menerusi saluran Bubble, Tzuyu TWICE telah menjawab kenyataan peminat yang memintanya untuk lebih aktif dan menunjukkan banyak ekspresi ketika membuat persembahan di atas pentas.

Luah seorang peminat,

Tzuyu, saya harap awak lebih aktif di atas pentas, lebih banyak ekspresi dan lebih rancak. Setiap kali saya melihat ‘haters’ menggunakan ini untuk menyerang awak, saya berasa sangat sedih. Tzuyu, saya tahu awak boleh lakukannya.

Respon wanita itu santai,

Saya tak perlukan semua orang untuk suka saya.

Jelas Tzuyu lagi,

Apa yang penting bukanlah bagaimana orang lain melihat saya, tetapi sama ada saya benar-benar merasakan bahawa saya semakin bertambah bagus.

Ada betul juga la apa yang Tzuyu cakap tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.