“Apa2 kita cerita kat balai” – Dakwa Barang Kemas Kena Curi, Prince Syed Buat Laporan Polis

Entertainment
16 Jul 2025 • 11:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh dan juga usahawan, Prince Syed mendedahkan berlaku insiden kes kecurian barang kemas selain mendakwa keselamatannya kini diganggu dan ada hasutan terhadap perniagaan miliknya dan isteri.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan, Prince Syed dilihat hadir ke balai polis untuk membuat laporan atas kejadian yang menimpanya.

“Laporan polis terus dibuat. Hari ini kita buat tiga report dulu kerana kes kecurian barang kemas saya, kemudian privasi saya diganggu, kes hasutan terhadap perniagaan saya dan isteri,” katanya.

Menurutnya, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap individu-individu terlibat yang dikenal pasti.

Dedahnya, ada pelbagai isu lagi yang tidak dapat dia kongsikan atas faktor keselamatan dan akan terus disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Dalam video itu, usahawan tersebut turut berkata segala bahan bukti telah dikumpulkan dengan rapi, termasuk tangkap layar kenyataan-kenyataan berunsur fitnah, mengganggu privasi serta mencetuskan rasa tidak selamatnya.

“Nama-nama ni nanti, get ready lah. Kita beri ‘hadiah’ sempena hari jadi saya. Semua kita dah screenshot yang cakap bukan-bukan, yang ganggu privasi dan keselamatan kami.

“Dengan kes kecurian barang kemas pula. Inilah nasib bernama Syed,” ujarnya.

Terdahulu, Prince Syed menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 dengan meriah bertemakan Bollywood.

Prince Syed memaklumkan dia telah menempah kek mewah yang dipenuhi dengan bunga emas dan juraian rantai yang diperbuat daripada emas 916 yang mencecah RM200,000.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.