“Apabila Ibu Terasa Hati” – Ustazah Asmak Ulas Isu Abby Abadi Dan Marissa Dania

Family & Parenting
7 Jul 2026 • 2:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu membabitkan pelakon Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania terus menjadi perhatian ramai selepas timbul pelbagai persoalan susulan ketiadaan Abby pada majlis sambutan hari lahir anaknya itu.

BACA: Marissa Dania Jawab Dakwaan Ketepikan Abby Abadi, Tunjuk Bukti Masih Berhubung

Terbaharu, Ustazah Asmak Husin tampil berkongsi pandangan mengenai situasi tersebut dan menyifatkan konflik yang berlaku sebagai sesuatu yang normal dalam hubungan antara ibu dan anak.

“Apa ibu terasa hati” – Ustazah Asmak Husin

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asmak berkata, Marissa sendiri sudah tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya ada menghantar jemputan dan berharap ibunya hadir.

ustazah

Menurut Ustazah Asmak, beliau melihat kisah itu sebagai perkara yang biasa berlaku dalam hubungan ibu dan anak, terutama apabila kedua-dua pihak sedang melalui luka masing-masing.

Nasihat untuk Marissa dan Abby Abadi

Ustazah Asmak turut menitipkan nasihat buat Marissa supaya tidak berputus asa dalam usaha mendekati dan membina semula hubungan dengan ibunya.

Katanya, selagi ibu masih ada, masih ada ruang untuk memohon maaf, berbual dan memulakan semula hubungan yang renggang.

abby abadi

Pada masa sama, beliau turut mendoakan Abby diberikan kekuatan hati kerana luka seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak sendiri.

Dalam hantaran itu, Ustazah Asmak turut mengingatkan agar anak diberi ruang untuk memperbaiki kesilapan dan menghargai setiap usaha kecil yang dilakukan untuk kembali mendekat.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut berharap hubungan antara Abby dan Marissa kembali pulih selepas pelbagai kisah lama kembali dibangkitkan di media sosial.

Pssttt! Bila hubungan ibu dan anak diuji, yang paling sakit sebenarnya bukan soal siapa betul atau siapa salah, tetapi rasa sayang yang masih ada namun terlindung oleh luka lama.

Semoga Abby dan Marissa diberikan ruang untuk kembali berbual dengan tenang. Dalam hubungan keluarga, kadang-kadang satu langkah kecil untuk memaafkan pun sudah cukup besar nilainya.

Kredit: Facebook Ustazah Asmak Husin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Apabila Ibu Terasa Hati” – Ustazah Asmak Ulas Isu Abby Abadi Dan Marissa Dania appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved