Pelakon dan usahawan Memey Suhaiza terus menerima sokongan daripada netizen susulan namanya kembali dikaitkan dengan kemelut keluarga membabitkan anak tirinya, Marissa Dania Hakim dan ibu kandungnya, Abby Abadi.
Menerusi ruangan komen di Instagram, ramai meluahkan rasa kagum dengan sikap Memey yang memilih untuk berdiam diri dan tidak melayan sebarang kecaman atau komen negatif yang diterimanya.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurut netizen, tidak ramai individu mampu kekal tenang apabila berdepan pelbagai tuduhan dan kritikan di media sosial.
“Kagum dengan dia, orang mengutuk, mengata macam-macam dia tetap pandang ke depan dan tak lagi menoleh ke belakang. Terus terbang tinggi, Mey,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi pengikut pula mengingatkan bahawa setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan pintu taubat sentiasa terbuka.
“Tiada manusia yang sempurna, semua ada salah silap, pintu taubat selalu terbuka.. sabar dan sabar.. Allah itu maha mengetahui segalanye, teruskan melangkah dan berbuat baik. Positif, diam, sabar dan teruskan melangkah. Fokus pada keluarga dan perniagaan.
Dalam masa sama, seorang lagi pengguna media sosial turut menyokong pendekatan Memey yang tidak memberi sebarang respons terhadap isu berkenaan.
“Diam pasti menang,” katanya.
Isu keluarga Abby Abadi kembali hangat diperkatakan selepas pelakon itu tidak menghadiri majlis sambutan hari lahir anak perempuannya, Marissa Dania, baru-baru ini.
Abby kemudian menjelaskan beliau sebenarnya menerima jemputan, namun memilih untuk tidak hadir atas beberapa sebab.
Selepas itu, Abby turut berkongsi mengenai trauma yang dipendamnya sejak sekian lama, manakala Marissa pula tampil memberikan penjelasan daripada sudut pandangnya berhubung kemelut yang berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Sampai Terkencing Dalam Kereta, Ada Dia Peduli?" - Abby Abadi Luah 'Luka Yang Tersimpan', Dakwa Pernah Berkorban Demi Keluarga Hingga Trauma
The post “Diam Pasti Menang” – Netizen Puji Memey Suhaiza, Tetap Tenang Walau Terpalit Isu Abby Abadi & Marissa Dania first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






