Apabila sekolah terlalu sibuk...

Opinion
9 Oct 2026 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Apabila sekolah terlalu sibuk...
Murid perlukan masa untuk bermain, membaca buku yang dipilih sendiri, bukan semata-mata buku yang diwajibkan. Foto hiasan

PAGI masuk sekolah. Tengah hari masih di sekolah. Petang ada aktiviti. Balik rumah sambung kerja sekolah.Esok ulang lagi.

Kadang-kadang Merak Jalanan tengok murid berjalan di koridor sekolah dengan beg lebih besar daripada tubuh.

Bukan kerana buku sahaja, ada fail, pakaian sukan, peralatan kokurikulum dan entah berapa banyak lagi barang yang perlu dibawa. Belum masuk tugasan menunggu di rumah.

Murid hari ini memang hebat. Mereka boleh menyertai pertandingan, menjadi pengawas, aktif dalam kelab, mewakili sekolah dalam sukan, menghasilkan inovasi dan masih perlu mengejar akademik.

Tetapi dalam kesibukan mengejar semua itu, pernahkah kita bertanya sama ada mereka sempat jadi kanak-kanak? Murid juga perlukan masa untuk duduk berbual dengan kawan tanpa memikirkan tugasan.

Mereka perlukan masa untuk bermain, membaca buku yang dipilih sendiri, bukan semata-mata buku yang diwajibkan. Mereka juga perlu masa untuk berehat.

Kita selalu bercakap bagaimana mahu melahirkan murid yang serba boleh. Namun jangan sampai ‘serba boleh’ itu membawa maksud mereka perlu buat segala-galanya.

Tidak salah sekolah menyediakan pelbagai peluang. Malah, itulah antara pengalaman paling bermakna yang boleh membentuk keyakinan dan kemahiran murid.

Cuma mungkin kita perlu belajar satu perkara iaitu tidak semua peluang perlu direbut oleh semua murid pada setiap masa.

Sekolah tidak sepatutnya menjadi perlumbaan untuk melihat siapa paling banyak sijil, paling banyak pertandingan atau paling panjang senarai pencapaian.

Pada akhirnya, murid bukan mesin pencetak pencapaian, mereka manusia yang sedang membesar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved