
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pembelian atas talian sudah menjadi satu fenomena di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja golonga dewasa, malah anak muda serta kanak-kanak juga mahir menggunakan gajet canggih mereka bagi memesan sesuatu produk menerusi e-dagang.
Perkara yang membuatkan ramai menggemari kaedah ini berbanding pembelian di kedai fizikal adalah ia tidak membazirkan tenaga dan masa seseorang. Bahkan anda juga mempunyai waktu lebih fleksibel untuk ‘skrol’ satu per satu pilihan barangan yang mahu dibeli.

Bagaimanapun tidak kira kedai fizikal atau online, setiap satu daripadanya pasti mempunyai pros dan cons tersendiri.
Antara keburukan yang dilalui oleh kebanyakan pembeli adalah keadaan atau keberkesanan produk yang tidak menepati jangkaan.
Dalam sesetengah kes, deskripsi dan info yang disertakan oleh penjual adalah tidak tepat dan berkemungkinan adalah satu scam.

Baca Artikel Berkaitan: Pembelian Online Rakyat Malaysia Naik Seiring Keyakinan Kepada LazMall Bertambah Di Jualan 9.9
Baca Artikel Berkaitan: Selalu Kena ‘Lowball’ Masa Jual Barang Online? Ini Tips Elak Daripada Rugi Masa & Harga
Baca Artikel Berkaitan: Transaksi ‘Buy Now, Pay Later’ Meningkat Kepada RM7.1 Bilion Undang Pelbagai Reaksi
Ada Pembeli Masih Tertipu Dengan Rating & Review Produk Online
Bagi mengelakkan masalah tersebut, orang ramai memilih untuk mempercayai rating setiap kedai dan membaca dahulu review ditinggalkan orang ramai bagi sesuatu barangan.
Pun begitu, perkara itu juga masih tidak boleh dipercayai 100% kerana segelintir individu bertindak memberikan rating dan meninggalkan review palsu sebelum mereka cuba sendiri barang dibeli.
Dalam erti kata mudah, pembeli itu juga masih tidak tahu adakah produk itu memuaskan, berkualiti atau sebaliknya. Main hentam sahaja kasi review. 😮💨

Sumber: Manila Bay
Ini Hukum Tinggalkan Review Jika Belum Guna Atau Periksa Barang
Menerusi carian kami, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi portalnya pernah mengulas tentang isu ini.
Soalan: Assalamualaikum ustaz, terdapat ramai pelanggan di Shopee yang terus memberi review dan rating sebaik sahaja menerima barang yang dibeli untuk mendapatkan sejumlah ‘coins’ walaupun belum menggunakan produk tersebut dan memeriksa kualitinya. Adakah perkara ini dibolehkan?
Jawapan:
Untuk info, Shopee Coins merupakan satu bentuk mata ganjaran di platform perdagangan itu. Ia boleh diperoleh melalui pembelian barang dan melakukan beberapa tugasan di aplikasi shopee pada setiap hari.
Ia dikira sebagai satu bentuk harta kerana mempunyai nilai dan boleh ditebus kepada baucar atau digunakan bagi membayar barang dibeli di Shopee pada masa akan datang.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Muhammad Fitri Naim, ada pihak yang memberikan malah meletakkan gambar yang tidak berkaitan untuk memenuhi syarat ditetapkan Shopee.
Masalah tersebut boleh dinilai daripada dua sudut iaitu hukum memberi penilaian palsu dan hukum menerima ganjaran daripada review tidak tepat.

Memberi rating dan ulasan produk dibeli tanpa menggunakan dan memeriksa barangan boleh memperdayakan pembeli. Hal ini kerana perbuatan itu boleh membuatkan seseorang yakin tentang kualitinya walhal penerima produk masih belum pasti.
Justeru, perbuatan memberikan rating dan review merupakan satu bentuk penipuan yang diharamkan.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَٱجۡتَنِبُواْ ٱلرِّجۡسَ مِنَ ٱلۡأَوۡثَٰنِ وَٱجۡتَنِبُواْ قَوۡلَ ٱلزُّورِ
Maksudnya: “Maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta.”
[Surah al-Hajj: 30] 
Boleh Ke Guna Shopee Coins Diterima Lepas Tinggalkan Review Tak Jujur?
Berdasarkan penjelasan di atas, boleh dikatakan bahawa hukum menggunakan Shopee Coins diterima lepas meninggalkan rating dan review palsu juga dikira haram.
Perkara yang perlu dilakukan pembeli adalah dengan membiarkan ganjaran itu sehingga luput.

Fatwa Dar al-Ifta’ Jordan (Jabatan Fatwa Jordan) juga memaklumkan perkara sama iaitu diharuskan untuk menerima ganjaran wang atau diskaun diberikan oleh laman web ketika membeli atau menilai produk dengan syarat mengelakkan sebarang penipuan, penyelewengan, atau pemalsuan.
Pembeli juga dalam masa sama perlu memastikan review ditinggalkan tersebut benar dan jujur.
Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Hutang Benda Tak Perlu” – Wanita Kongsi Pandangan Bayaran Ansuran, Cetus Perdebatan Netizen
Baca Artikel Berkaitan: “Muka Happy Betul” – Pakcik Beli Barang Online Setiap Hari Lepas Pencen Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: Beli Barang ‘Online’ Tapi Lambat Sampai? Anda Boleh Fail Aduan Kepada SKMM
Source:

![Jangan Ambil Ringan, UAI Kongsi Hukum Jika Sengaja Lewatkan Solat Fardu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
