Apartmen Paling Mahal Di Korea Selatan, Jisoo BP Tinggal Di Kediaman Sama Seperti Ahli BTS

17 May 2024 • 8:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available
hannam the hill

Popular seluruh dunia, tak terkejutlah sekiranya Ji-soo BLACKPINK merupakan antara selebriti Korea paling kaya sekarang.

Baru-baru ini, Ji-soo telah berkongsi beberapa fotonya ketika di dalam rumahnya, menarik perhatian dengan saiz dalamannya yang nampak begitu luas.

Menerusi laman komuniti dalam talian, netizen membuat tekaan bahawa wanita itu tinggal di sebuah apartmen di Hannam The Hill, terletak di tengah Seoul.

Khususnya, Hannam The Hill dikenali sebagai pangsapuri paling mahal di Korea Selatan dan telah mengekalkan rekod ini selama 5 tahun berturut-turut.

image is not available

Selain itu, harga pasaran untuk satu apartmen juga dikatakan adalah sekitar 7.75 hingga 8 bilion won (RM27,700,640). Tambahan, idola popular lain seperti ahli BTS juga dipercayai menetap di sini.

Fuhh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved