Popular Setaraf Idola! Ketibaan Kim Jiwon Disambut Meriah Sampai Airport Sesak

Entertainment
16 May 2024 • 11:17 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lain macam populariti Kim Ji-won sekarang!

Pada 15 Mei, Kim Ji-won telah kembali ke Korea Selatan selepas selesai menghadiri acara Bulgari yang diadakan di Singapura.

Sekali lagi, kedatangan wanita itu telah disambut meriah wartawan dan ratusan peminat di lapangan terbang, yang terus menyerbu Kim Ji-won.

Menerusi video yang dikongsi, pelakon itu sendiri nampaknya terkejut dengan keadaan di situ, di mana peminat berkerumun dan berlanggar antara satu sama lain bagi cuba mendekatinya.

Kim Ji-won kena tambah bodyguard lepas ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.