APG 2022: Perak Mohd Amin lengkapi sasaran 35 pingat negara

27 Oct 2023 • 3:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HANGZHOU: Pemain para badminton lelaki negara Mohd Amin Burhanuddin memastikan sasaran 35 pingat pada Sukan Para Asia (APG) 2022 tercapai selepas menghadiahkan pingat perak menerusi acara perseorangan lelaki SL4 (kecacatan fizikal), hari ini.

Pada aksi penentuan pingat emas di Gimnasium Binjiang di sini, atlet kelahiran Labuan, Sabah berusia 30 tahun itu yang membuat penampilan sulungnya di APG terpaksa berpuas hati meraih perak selepas tewas di tangan wakil India, Suhas Lalinakere Yathiraj dalam pertarungan tiga set.

Mohd Amin bermula dengan langkah kanan di set pertama apabila melakar kemenangan 21-13 ke atas pemain ranking keenam dunia itu.

Bagaimanapun, wakil India itu kemudian bangkit menyamakan kedudukan menewaskan Mohd Amin yang menghuni ranking ke-19 dunia, 18-21 di set kedua sebelum menoktahkan kemenangannya di set penentuan 21-9.

“Masa set pertama itu saya ada keyakinan sedikit tapi bila dah ubah gelanggang dan bulu tangkis tu saya dapat rasakan ia berkurangan. Banyak bola yang saya pukul selepas itu serba tak menjadi.

“Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur atas kejayaan perak ini serta berjaya melengkapkan sasaran 35 pingat kontinjen negara,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG 2022 KM Rajendran menyifatkan dengan sasaran 35 pingat sudah dicapai, pihaknya akan meneruskan misi menambah kutipan pingat sebelum acara penutup temasya berlangsung esok. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved