Api ‘lighter’ pun tak sanggup, apatah lagi api neraka – Erwin Dawson

3 Oct 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Api ‘lighter’ pun tak sanggup, apatah lagi api neraka – Erwin Dawson

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan keterbukaan sesetengah pihak menunjukkan kelakukan haram di media sosial, Pelakon, Erwin Dawson, 37, menasihatkan pihak berkenaan tidak merasa bangga dengan dosa yang dilakukan, apatah lagi mempamerkannya kepada umum.

Berdasarkan pengalaman, Erwin berkata tindakan itu hanya akan memakan diri dan menimbulkan penyesalan di usia lanjut.

“Jangan bangga sangat berkelakuan jahat atau suka berparti. Tunjuk sana sini hidup haram.

“Hampir semua orang yang saya kenal, termasuk diri saya sendiri, menyesal di kemudian hari kerana menjalani kehidupan tersebut,” kongsinya di laman Thread.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu berkata hidup bergelumang dosa hanya akan menjadi penyesalan di akhirat kelak.

“Penghujungnya, kehidupan ahli neraka ini tidak membanggakan.

“Api lighter pun kite tak sanggup, apa lagi api neraka. Sembunyikan aib itu,” katanya lagi.- UTUSAN

The post Api ‘lighter’ pun tak sanggup, apatah lagi api neraka – Erwin Dawson appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved